• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

TNB Akan Bina Tempat Pengecasan Kenderaan Elektrik Di Sepanjang Lebuh Raya PLUS

in Berita
A A
TNB Akan Bina Tempat Pengecasan Kenderaan Elektrik Di Sepanjang Lebuh Raya PLUS
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 2 Ogos  (Bernama) — Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan membina infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan sebagai sebahagian daripada kerjasamanya dengan PLUS Malaysia Bhd, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Baharin Din hari ini.

Syarikat utiliti itu melabur RM90 juta untuk menyokong ekosistem EV dalam tempoh tiga tahun.

“TNB menyasarkan untuk mempercepatkan penggunaan kenderaan elektrik bateri (BEV) bagi memperoleh nilai pasaran RM1.3 bilion menjelang 2030 dan mengalu-alukan kerjasama dengan rakan kongsi strategik dalam merangsang pertumbuhan ekosistem BEV,”  katanya pada taklimat bersama pengarang media di sini hari ini.

Pada Mac tahun ini, TNB dan PLUS mengumumkan kerjasama bagi mengurangkan pelepasan karbon di lebuh raya PLUS melalui inisiatif kemampanan.

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan kemudian, kedua-dua syarikat itu berkata inisiatif tersebut melibatkan pembangunan rangkaian stesen pengecas kenderaan elektrik (EV), pemasangan pemantauan kecekapan tenaga dan sistem fotovoltan solar di kawasan rehat dan rawat (R&R) terpilih di sepanjang rangkaian lebuh raya PLUS. 

Selain PLUS, Baharin berkata TNB juga sedang berbincang dengan pengendali lebuh raya serta pihak berkuasa jalan persekutuan di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR).

Beliau berkata pasaran EV berpotensi untuk 3,300 tempat pengecasan bagi 33,350 BEV di jalan raya menjelang 2025 dengan hasil elektrik tahunan mencecah RM80 juta, yang dijangka meningkat kepada 18,000 tempat pengecasan bagi 524,409 BEV dan hasil elektrik tahunan adalah sebanyak RM1.25 bilion menjelang 2030.

“Menjelang 2030, kami menjangkakan setengah juta EV akan berada di jalan raya dengan keperluan pengecasan elektrik 2.3 TWh, bernilai RM1.26 bilion. Ini juga bermakna pengurangan pelepasan CO2 sebanyak 4.4 juta tan dengan mengambil kira kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) di jalan raya,” tambahnya.

Potensi yang memberi impak positif terhadap iklim dan keuntungan syarikat menyebabkan pembangunan ekosistem EV menjadi keutamaan yang jelas untuk TNB, katanya.

Di samping membina infrastruktur pengecasan, TNB juga akan menyediakan kursus peningkatan kemahiran dan kemahiran semula untuk industri EV, elektrifikasi kira-kira 4,200 kenderaan TNB sendiri, menaja kajian berkaitan EV dan memupuk gabungan dalam kalangan pemain sektor EV, seperti ZEVA (Persatuan Kenderaan Pelepasan Sifar).

— BERNAMA

Share237ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

11 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In