• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, June 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Pamer Dagangan Rendah Pada Sesi Urus Niaga Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Rendah
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini rendah apabila kegiatan jualan berterusan dengan para pelabur mengambil sikap berhati-hari berikutan pergerakan semalaman yang tidak menentu di Wall Street, kata seorang peniaga.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 8.35 mata kepada 1,486.70 daripada penutupan Selasa pada paras 1,495.05.

Indeks penanda aras pagi ini dibuka pada 1,488.58, turun 6.47 mata dan berlegar antara 1,483.01 dan 1,489.46 di sepanjang sesi awal.

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 399 berbalas 264, manakala 395 kaunter tidak berubah, 1,177 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan yang dicatatkan adalah sebanyak 995.56 juta unit bernilai RM533.92 juta.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street merekodkan satu lagi sesi tidak menentu apabila ketiga-tiga indeks utama berakhir lebih rendah berikutan ketegangan AS-China yang semakin meningkat dan pasaran buruh AS yang kian lemah.

Purata Indeks Dow Jones kehilangan 402 mata manakala Nasdaq ditutup 22 mata lebih rendah apabila hasil 10 tahun AS meningkat lebih tinggi kepada 2.75 peratus.

“Oleh itu, kami berpendapat sentimen akan berubah menjadi lebih berhati-hati dan indeks dijangka berhadapan tekanan jualan hari ini. Indeks akan berada dalam aliran julat 1,480-1,500 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Thong berkata harga minyak sawit mentah merosot lebih rendah kepada RM3,840 satu tan berikutan langkah Indonesia untuk terus mengurangkan kuota eksportnya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut 5.0 sen kepada RM8.83, Public Bank turun 7.0 sen kepada RM4.59 dan CIMB lemah sebanyak 3.0 sen kepada RM5.22, manakala Petronas Chemicals dan IHH Healthcare meningkat 1.0 sen, masing-masing merekodkan RM8.86 dan RM6.43.

Bagi saham aktif, Borneo Oil dan MQ Technology tidak berubah pada 2.5 sen dan 4.0 sen, Green Packet naik 1.0 sen kepada 6.0 sen, South Malaysia Industries dan CSH Alliance menokok setengah sen setiap satu kepada 41.5 sen dan 6.0 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 45.79 mata kepada 10,536.71, Indeks FBM Emas Syariah menguncup 24.28 mata kepada 10,672.87 dan FBMT 100 turun 47.21 mata kepada 10,289.47.

Sementara itu, Indeks FBM 70 menguncup 15.15 mata kepada 12,579.35 tetapi Indeks FBM ACE meningkat sebanyak 1.79 mata kepada 4,798.37.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan mengukuh 6.09 mata kepada 7,034.14, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.20 mata kepada 184.24, Indeks Tenaga berkurangan sebanyak 0.33 mata menjadi 658.26, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 124.81 mata kepada 16,526.46.

— BERNAMA

Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In