• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

TDM Jual Unit Operasi Indonesia Pada RM115 Juta

in Berita
A A
TDM Jual Unit Operasi Indonesia Pada RM115 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA TERENGGANU, 31 Julai (Bernama) — TDM Bhd (TDM), anak syarikat kerajaan Terengganu dan seorang pemegang saham minoriti menandatangani perjanjian jual dan beli bersyarat (CSPA) bagi penjualan 100 peratus ekuiti dalam PT Rafi Kamajaya Abadi (RKA) dan PT Sawit Rezki Abadi (SRA) yang bertapak di Indonesia, dengan Ikhasas Sawit Sdn Bhd.

Pengarah Eksekutif TDM, Najman Kamaruddin berkata CSPA itu membabitkan pertimbangan tunai sebanyak RM115 juta.

“Berdasarkan penjimatan kos yang besar dan modal yang dijana daripada penjualan tersebut, TDM dapat menumpukan sumber dan perhatian kepada operasi syarikat di Malaysia.

“Ini termasuk inisiatif mengoptimumkan pengeluaran hasil tanah milik syarikat di Pantai Timur dengan mempelbagaikan usaha tanaman lain selain ladang kelapa sawit serta pengeluaran minyak sawit mentah,” katanya dalam kenyataan pada Ahad

Beliau berkata dengan proses penjualan yang kini berjalan mengikut perancangan, TDM tekad untuk mempertingkatkan usaha mencipta dan menambah baik nilai bagi pihak berkepentingan pada masa hadapan.

TDM memiliki 93.8 peratus kepentingan dalam RKA yang diperbadankan pada 2007 selain 95 peratus pegangan dalam SRA yang ditubuhkan pada 2011, katanya.

Najman berkata bagaimanapun, RKA telah mengalami kerugian sejak diperbadankan sehingga tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2020 manakala SRA pula mengalami kerugian sejak awal penubuhannya.

Selain CSPA, TDM turut menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Pengurusan bersama PT Ikhasas Indo Makmur bagi pengambilalihan kawalan operasi ke atas aset-aset yang sedang dijual sementara menunggu proses tersebut selesai pada suku pertama tahun kewangan 2025.

Beliau berkata TDM akan memperolehi hasil kasar sebanyak RM112 juta daripada cadangan penjualan tersebut tidak termasuk bahagian pemegang saham minoriti.

Daripada jumlah itu, RM74.2 juta akan diperuntukkan bagi pembayaran balik pinjaman berfaedah dan RM29.3 juta untuk modal kerja am manakala baki RM8.5 juta pula akan digunakan untuk perbelanjaan berhubung dengan pelaksanaan penjualan tersebut, katanya.

“Sementara itu, aturan perkhidmatan pengurusan akan membolehkan TDM menjimatkan sejumlah besar aliran tunai yang boleh dimanfaatkan untuk aktiviti lebih produktif di mana sebelum ini jumlah tersebut digunakan untuk mengendalikan dan menyelenggara RKA,” katanya.

— BERNAMA

Share266ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In