• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Keuntungan Bersih UNISEM Naik Kepada RM205.86 Juta Pada Suku Kedua

in Berita, Saham
A A
Keuntungan Bersih UNISEM Naik Kepada RM205.86 Juta Pada Suku Kedua
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) — Keuntungan bersih Unisem (M) Bhd (Unisem)  naik kepada RM205.86 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2022 daripada RM54.64 juta setahun sebelumnya.

Sebahagian besar daripada kenaikan itu adalah disebabkan oleh keuntungan hasil daripada pelupusan aset berjumlah RM127.93 juta, ia melibatkan penjualan tanah dan bangunan di Batam, Indonesia, oleh anak syarikat tidak langsung PT Unisem, ia telah menghentikan operasinya pada Mac 2020.

Penyedia global perkhidmatan pemasangan dan ujian semikonduktor itu berkata keuntungan bersih daripada operasi melonjak 28.6 peratus tahun ke tahun kepada RM70.40 juta disebabkan oleh purata harga jualan yang lebih tinggi ditambah dengan kadar pertukaran dolar AS/ringgit yang menggalakkan.

Sementara itu, perolehannya meningkat 15.4 peratus tahun ke tahun kepada RM464.06 juta pada suku di bawah kajian.

Pendapatan asas sesaham meningkat kepada 12.76 sen berbanding 3.40 sen.

Lembaga Pengarah meluluskan dividen interim sebanyak 2.0 sen sesaham untuk suku kedua tahun kewangan 2022, jumlah yang sama seperti sebelumnya.

Dividen akan dibayar pada 25 Ogos, 2022.

“Walaupun dalam persekitaran ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik, kebimbangan kadar faedah dan gangguan rantaian bekalan global, syarikat itu kekal positif. Lembaga Pengarah menjangkakan prestasi kumpulan itu akan berada pada tahap memuaskan untuk suku kewangan seterusnya,” kata Unisem.

Pada waktu rehat tengah hari, saham Unisem meningkat 3.56 peratus kepada RM2.62 dengan 672,000 saham diurus niaga.

— BERNAMA

Share256ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In