• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Untung Bersih Suku Kedua Westports Susut Kepada RM162.29 Juta

in Berita
A A
Untung Bersih Suku Kedua Westports Susut Kepada RM162.29 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) — Westports Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah iaitu RM162.29 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2022 berbanding dengan RM177.97 juta yang direkodkan pada tempoh sama tahun kewangan 2021 berikutan kos bahan api yang lebih tinggi.

Perolehan, bagaimanapun, meningkat kepada RM510.98 juta daripada RM505.07 juta bagi tempoh yang sama didorong pertumbuhan perolehan kontena, menurutnya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Khamis.

Dalam kenyataan berasingan, Westports menjelaskan segmen kontenanya merekodkan jumlah pengendalian sebanyak 4.88 juta unit unit bersamaan 20 kaki (TEU) dan menempatkan 3,820 kapal pada separuh pertama tahun kewangan ini.

Tempoh enam bulan itu menyaksikan keadaan makroekonomi global yang amat tidak menentu termasuk lonjakan harga tenaga global, tekanan inflasi meningkat secara meluas, kenaikan kadar faedah, momentum ekonomi yang merosot dan krisis ketenteraan di Ukraine.

Cabaran itu ditambah lagi dengan kekangan rantaian bekalan yang tidak dapat diselesaikan dan penutupan pelabuhan akibat pandemik dalam beberapa ketika di Timur Jauh.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Ruben Emir Gnanalingam Abdullah berkata bagaimanapun, ekonomi tempatan menunjukkan daya tahan yang lebih baik, dengan jumlah keseluruhan pengendalian kargo kekal hampir sama pada 1.91 juta TEU.

“Dalam segmen konvensional, syarikat memindahkan 5.46 juta tan kargo,” katanya.

Beliau berkata jeti Terminal Pukal Cecair 5 (LBT5) baharu telah menempatkan kapal pengangkut gas berskala besar pertama, dan susulan itu, pengendalian gas petroleum cecair (LPG) komersial pertama dipindahkan ke kemudahan yang baru dibina itu.

LPG yang disimpan di Pulau Indah memenuhi keperluan pelanggan serantau, katanya.

Melangkah ke hadapan, Ruben berkata semakin lebih mencabar untuk mengekalkan pengendalian kontena yang sama pada tahun semasa ekoran gangguan berterusan dalam rantaian bekalan, inflasi yang meningkat, dasar sifar COVID-19 di China dan konflik di Eropah yang tidak kondusif untuk pertumbuhan ekonomi global.

— BERNAMA

Share245ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In