• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Untung Bersih Suku Kedua Maxis Sebanyak RM329.0 Juta, Isytihar Dividen 5.0 Sen

in Berita, Saham
A A
Untung Bersih Suku Kedua Maxis Sebanyak RM329.0 Juta, Isytihar Dividen 5.0 Sen
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) — Maxis Bhd mencatatkan keuntungan bersih RM329.0 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2022.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Maxis berkata pendapatannya dipengaruhi oleh susut nilai dan caj pelunasan yang lebih tinggi.

Ia juga dipengaruhi oleh peningkatan sekali sahaja kadar cukai korporat kepada 33 peratus ke atas pendapatan bercukai melebihi RM100 juta untuk tahun taksiran 2022, tambah Maxis.

Bagaimanapun, hasil bagi suku kedua tahun kewangan 2022 meningkat 6.6 peratus tahun ke tahun kepada RM2.42 bilion daripada RM2.27 bilion sebelumnya, disebabkan oleh peningkatan dalam hasil perkhidmatan dan peranti.

Aliran tunai bebas operasi Maxis meningkat sebanyak 40.3 peratus tahun ke tahun kepada RM1.17 bilion berdasarkan inisiatif pengurusan modal kukuh kumpulan, membolehkannya mengisytiharkan dividen interim sebanyak 5 sen bersih sesaham untuk suku itu.

Syarikat telekomunikasi itu berkata hasil perkhidmatannya meningkat 4.3 peratus kepada RM2.08 bilion berdasarkan sumbangan yang lebih baik daripada kedua-dua perniagaan pengguna dan perusahaan.

Hasil pengguna meningkat 4.4 peratus kepada RM1.698 bilion, dengan pertumbuhan yang stabil dalam pascabayar dan kesalinghubungan kediaman, diimbangi oleh penurunan sedikit dalam prabayar. Hasil perusahaan juga meningkat 4.0 peratus kepada RM386 juta, kata syarikat telekomunikasi itu.

Selaras dengan pembinaan asas untuk perniagaan dan mewujudkan momentum, akaun perniagaan perusahaan meningkat 4.0 peratus kepada 89,000 nombor pendaftaran perniagaan pada suku kedua 2022, kata Maxis.

Ketua Pegawai Eksekutif Gökhan Ogut berkata prestasi kukuh syarikat itu dalam semua segmen menunjukkan penekanan tumpuan pada strategi dan ketangkasan, dan kumpulan berkedudukan yang baik dalam pertumbuhan dan landskap telekomunikasi yang kompetitif dan berubah pantas.

Perbelanjaan modalnya untuk suku tersebut berjumlah RM241 juta, meningkat 33.9 peratus tahun ke tahun dengan kumpulan itu meneruskan pelaburan besarnya untuk memberikan prestasi rangkaian konvergen terbaik dan pengalaman pelanggan, meningkatkan kapasitinya untuk menyokong agenda pendigitalan negara.

Sumbangan kepada dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) JENDELA direkodkan kira-kira RM250 juta pada separuh pertama 2022, tambahnya.

Melangkah ke hadapan, Maxis berkata kumpulan itu kekal fokus dan yakin dengan strategi konvergennya menjelang perubahan industri struktur.

“Rekod prestasi kami dalam menawarkan perkhidmatan mudah alih dan konvergen fiber menunjukkan bahawa strategi konvergen kami memberikan hasil. Rangkaian kami yang berbeza, perkhidmatan, tawaran inovatif dan daya tahan kakitangan kami telah memberikan hasil yang mampan,” tambahnya.

— BERNAMA

Share399ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In