• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Tidak Jangkakan Kelewatan Rancangan IPO Syarikat Bagi Tahun Ini

in Berita
A A
Bursa Malaysia Tidak Jangkakan Kelewatan Rancangan IPO Syarikat Bagi Tahun Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia Bhd tidak menjangkakan sebarang kelewatan dalam penyenaraian syarikat pada 2022 biarpun dalam persekitaran mengelak risiko yang disebabkan oleh tindakan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) menaikkan kadar faedah selain cabaran luar seperti perang Rusia-Ukraine.

Malah, ia sebaliknya menyasarkan bursa tempatan itu akan menyaksikan sejumlah 37 tawaran awam permulaan (IPO) pada tahun ini berbanding 30 pada 2021, didorong terutamanya oleh peningkatan penyenaraian di Pasaran ACE susulan pembukaan semula ekonomi.

“Melainkan satu-satu IPO itu besar dan memerlukan waran tawaran antarabangsa, kami tidak menjangkakan sebarang kelewatan ketara dalam penyenaraian syarikat-syarikat kerana terdapat mudah tunai dalam pasaran bagi menyokong penawaran domestik,” kata Bursa Malaysia kepada Bernama baru-baru ini.

Pengendali bursa itu berkata bagi tempoh 1 Jan-13 Julai 2022, bursa tempatan itu menyaksikan sejumlah 20 penyenaraian baharu yang melibatkan pengumpulan kira-kira RM2.3 bilion.

“Tambahan modal pasaran yang disumbangkan oleh 20 syarikat disenaraikan itu adalah kira-kira RM7.3 bilion (sehingga 13 Julai, 2022) manakala cadangan IPO bagi tempoh berbaki tahun ini juga kekal kukuh,” katanya.

Mengikut jumlah IPO yang diluluskan dan menunggu penyenaraian serta jumlah draf prospektus pendedahan di kedua-dua laman sesawang Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), sekurang-kurangnya lima lagi penyenaraian dijangka dilaksanakan menjelang akhir tahun ini.

Semalam, UMediC Group Bhd (UMC) mencatat penyenaraian pertamanya yang kukuh apabila disenaraikan di Pasaran ACE pada 50 sen sesaham iaitu premium 56.25 peratus daripada harga IPO sebanyak 32 sen.

Kaunter pengeluar peranti perubatan itu ditutup pada 44 sen yang menyaksikan permodalan pasaran sebanyak RM164.52 juta.

Bagi kemajuan masa depan, Bursa Malaysia optimis bahawa selera pelabur domestik bagi IPO kekal kukuh bagi tempoh berbaki 2022 sebagaimana terbukti menerusi lebihan langganan bagi kebanyakan IPO terbabit.

Menurutnya, perniagaan juga dijangkakan kembali pulih didorong oleh peningkatan permintaan akibat pandemik manakala pembukaan semula sempadan akan menggalakkan lagi aktiviti perbelanjaan.

“Sehubungan itu, kami percaya prospek bagi IPO ini kekal menggalakkan kerana pasaran modal ekuiti ini memberi kemudahan akses dana untuk syarikat bagi tujuan pertumbuhan serta pemulihan daripada impak pandemik COVID-19. 

“Kami juga optimis kepelbagaian serta momentum IPO baharu di Bursa Malaysia adalah kekal bagi tempoh sepanjang 2022, terutama dalam bidang utama teknologi, pengguna, penjagaan kesihatan, halal dan/atau alam sekitar, sosial dan perniagaan yang sejajar dengan tadbir urus sosial dan korporat (ESG),” katanya.

Sebagaimana sebahagian besar pasaran sedang membangun lainnya, Malaysia menyaksikan penjualan berterusan dalam pasaran ekuitinya sejak Fed melaksanakan kenaikan kadar faedah kali ketiganya pada Jun tahun ini dengan menaikkan 75 mata asas – kenaikan paling agresif sejak 1984.

Setakat tahun ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut sebanyak 6.62 peratus untuk ditutup pada 1,463.69 pada 26 Julai 2022.

Namun, indeks tersebut telah meningkat daripada paras terendah dalam tempoh dua tahun iaitu 1,408.83 pada 14 Julai, 2022. 

Pihak Fed yang dalam usaha menangani peningkatan ketara inflasi di AS, dijangka menaikkan lagi 75 mata asas kepada 2.25 peratus-2.50 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) selama dua hari yang berakhir pada Rabu.

— BERNAMA

Share214ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In