• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, June 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sebelum Susut Beberapa Minit Kemudian

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) —  Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit pagi ini tetapi turun dalam beberapa minit dagangan, sekali gus menggambarkan kebimbangan pelabur tentang potensi kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) pada mesyuaratnya yang akan berlangsung lewat hari ini, kata seorang peniaga.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.51 mata kepada 1,461.18 daripada 1,463.69 penutup Selasa.

Indeks penanda aras memulakan urus niaga pagi ini pada paras 1,464.13, meningkat 0.44 mata.

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung dengan 161 berbalas 129, manakala 222 kaunter tidak berubah, 1,778 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 176.28 juta unit bernilai RM62.93 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd menerusi nota penyelidikannya hari ini menyatakan pelabur juga sedang bersedia untuk berhadapan dengan lebih banyak ketidakpastian dalam tempoh terdekat menjelang pengeluaran data keluaran dalam negara kasar (KDNK) AS suku kedua pada  keesokan hari.

“Justeru, saham yang mempunyai ciri-ciri defensif dijangka menjadi tumpuan,” jelasnya.

“Bagi komoditi, harga minyak mentah Brent dan minyak sawit mentah (MSM) dilihat stabil, masing-masing sekitar US$104 setong dan RM3,700 satu tan,”’ katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank, Public Bank dan IHH Healthcare tidak berubah, masing-masing mencatatkan RM8.79, RM4.60 dan RM 6.43, manakala Petronas Chemicals susut setengah sen kepada RM8.57 dan CIMB Group turun satu sen kepada RM5.19.

Bagi saham aktif, Serba Dinamik dan Sapura Energy juga kekal, masing-masing pada 11 sen dan 4.5 sen, manakala Metronic Global, Pertama Digital dan Destine meningkat setengah sen setiap satu kepada 10.5 sen, 88 sen dan 11 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas lemah 14.24 mata menjadi 10,361.51, Indeks FBM Emas Syariah menguncup 20.50 mata menjadi 10,401.49, Indeks FBMT 100 berkurangan 15.70 mata kepada 10,118.15, FBM ACE lebih rendah 23.82 mata kepada 4,705.88 dan FBM 70 turun 12.18 mata menjadi 12,391.50.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan susut 6.57 mata kepada 6,843.19, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 2.12 mata kepada 16,483.90, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lemah 0.69 mata kepada 176.71, manakala Indeks Tenaga meningkat 3.09 mata kepada 644.17.

— BERNAMA

Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In