• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Laporan The Emerging Giants In Asia Pacific Kenal Pasti 10 Syarikat Unicorn Hebat Di Malaysia

in Berita
A A
Laporan The Emerging Giants In Asia Pacific Kenal Pasti 10 Syarikat Unicorn Hebat Di Malaysia
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 25 Julai  (Bernama) — Laporan The Emerging Giants in Asia Pacific oleh HSBC dan KPMG telah mengenal pasti 10 syarikat unicorn yang berpotensi di Malaysia yang mampu kekal dalam landskap perniagaan global sepanjang dekad akan datang.

Senarai 10 syarikat yang dirujuk oleh laporan itu sebagai gergasi baru muncul di Malaysia ialah Boost Holdings, Exabytes, Jirnexu, Presto Mall, Mindvalley, Neurogine, Eatcosys, Says, Lapasar dan PolicyStreet.

Ketua Perbankan Komersial HSBC Malaysia Karel Doshi berkata senarai itu mengagumkan mereka kerana ia sebagai bukti bahawa negara mempunyai semua ramuan yang sesuai untuk syarikat baharu berkembang maju dan menjadi peneraju yang membentuk industri.

“Untuk menjadi gergasi atau unicorn yang baru muncul, institusi kewangan mestilah komited untuk menawarkan sokongan yang betul kepada pemula niaga supaya mereka boleh melangkaui Malaysia.

“Sebagai bank perdagangan terkemuka dunia, kami sentiasa mencari kaedah bagi membantu pelanggan kami berinovasi, membangunkan penyelesaian masa depan dan menambah nilai,” katanya dalam satu kenyataan bersama HSBC dan KPMG hari ini.

Laporan The Emerging Giants in Asia Pacific mengkaji 6,472 syarikat baharu secara mendalam yang memfokuskan teknologi di 12 pasaran Asia Pasifik dengan nilainya sehingga US$500 juta (US$1=RM4.45).

Laporan itu mengenal pasti 100 syarikat gergasi baru muncul terkemuka di Asia Pasifik yang berkembang pesat, berpengaruh dan inovatif dengan cita-cita untuk mencapai status unicorn dan 10 syarikat gergasi baru muncul terkemuka dalam setiap pasaran yang dikaji.

Walaupun syarikat pemula niaga bersedia untuk terus memainkan peranan utama dalam pembangunan negara, Ketua Teknologi, Media dan Telekomunikasi KPMG Malaysia Guy Edwards menyatakan bahawa ada yang mungkin bergelut untuk mendapatkan bimbingan dan sokongan perniagaan yang diperlukan untuk berkembang.

“Malaysia telah membangunkan pemahaman yang baik tentang teknologi dan cara inovasi berfungsi, kerana banyak syarikat tempatan tersenarai dalam 10 gergasi baru muncul terkemuka untuk Malaysia.

“Selain sokongan kerajaan, memupuk ekosistem yang betul untuk syarikat pemula niaga tempatan kami memerlukan penggunaan amalan serantau dan menggalakkan kerjasama yang kukuh oleh pihak berkepentingan,” katanya.

Menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, pembiayaan mula mencapai tahap yang ketara dengan jumlah dana modal teroka komited mencecah US$1.2 bilion pada 2021, meningkat 20 peratus daripada 2020, dan hampir lima kali ganda lebih banyak daripada syarikat pemula niaga Malaysia pada 2019.

— BERNAMA

Share252ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

12 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In