• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

TTM Technologies Sasar Kilang Baharu Di Pulau Pinang Jana Hasil 10 Peratus

in Berita
A A
TTM Technologies Sasar Kilang Baharu Di Pulau Pinang Jana Hasil 10 Peratus
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

GEORGE TOWN, 24 Julai (Bernama) — TTM Technologies Inc yang tersenarai di NASDAQ dan memperuntukkan pelaburan modal US$130 juta (kira-kira RM550 juta) sehingga 2025 bagi kilang pembuatan pertamanya di Asia Tenggara yang terletak di Pulau Pinang, menyasarkan 10 peratus hasilnya dijana daripada kemudahan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif TTM Technologies Tom Edman berkata syarikat itu memutuskan untuk membuka kemudahan baharu tersebut bagi membolehkan pembangunan peringkat asas berteraskan pendekatan Industri 4.0 sebenar bagi penghasilan papan litar bercetak (PCB).

Ini juga sejajar dengan usaha untuk memenuhi permintaan pelanggan yang mahukan aspek ketahanan rantaian bekalan, keupayaan volum kemudahan bagi PCB berteknologi tinggi di luar China selain aspek kemampuan infrastruktur Malaysia.

“Jumlah saiz TTM Technologies pada masa ini adalah kira-kira US$2.5 bilion (US$1=RM4.45) dengan turut mengambil kira pengambilalihan terbaharu yang kami umumkan mengenai segmen pertahanan perniagaan kami.

“Kemudahan baharu ini adalah aspek penting masa depan syarikat dan kami menyasarkan lebih kurang 10 peratus daripada hasil itu akan dijana daripada kilang ini,” katanya kepada Bernama.

Mengulas pengembangannya di masa depan, Edman berkata tapak bagi kemudahan di Pulau Pinang itu turut mempunyai ruang bagi pembangunan fasa dua yang dapat menampung kapasiti tambahan sebanyak 25 peratus.

Bagaimanapun, beliau berkata pengembangan TTM Technologies di masa akan datang tidak terhad kepada lokasi tersebut dan mungkin meninjau lokasi lain sekiranya kemudahan itu terbukti berjaya.

“Kami optimis mengenai reaksi pelanggan terhadap kemudahan ini. Pada masa sama, kami menjangkakan kilang di Pulau Pinang ini dapat beroperasi sepenuhnya pada 2025 yang menjadi tempoh untuk menentukan pengembangan bagi masa depan,” katanya.

Pengeluaran rintis kilang itu dijadual bermula pada separuh kedua 2023 dengan pelaburannya dijangka mewujudkan 800 pekerjaan dalam tempoh tiga tahun membabitkan PCB lebih maju seperti kiraan lapisan tinggi dan saling sambungan berkepadatan tinggi (HDI).

Kilang baharu itu berperanan untuk menampung pasaran komersial global TTM termasuk rangkaian komunikasi, pengkomputeran pusat data, perubatan, perindustrian serta perkakasan.

— BERNAMA

Share333ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

10 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

12 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

12 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In