• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

The Curve Milik Boustead Properties Pertingkatkan Profil Penyewa, Jumlah Pengunjung

in Berita
A A
The Curve Milik Boustead Properties Pertingkatkan Profil Penyewa, Jumlah Pengunjung
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) — Boustead Properties Bhd yang memiliki gedung beli-belah The Curve di Petaling Jaya, Selangor, kini dalam proses meningkatkan kepelbagaian penyewa di premis berkenaan bagi menarik lebih ramai pengunjung, khususnya yang menetap di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairul Azizi Ismail berkata gedung berkenaan juga menyasarkan purata kehadiran pengunjung bulanan mencecah hampir sejuta orang menjelang akhir tahun berbanding paras pra-pandemik sebanyak 860,000 pada 2019.

Angka purata itu menjadi ukuran utama bagi melihat keberkesanan premis runcit dalam menarik kehadiran pengunjung secara berkesan.

“Pada masa ini, The Curve mempunyai lebih daripada 220 penyewa, termasuk 22 penyewa baharu yang telah memeterai perjanjian pada separuh pertama tahun ini. Malah, kami turut menyasarkan untuk menarik seramai 10 lagi penyewa baharu menjelang akhir tahun ini.

“Sehubungan itu, kadar penghunian ini sepatutnya kira-kira 93 peratus menjelang akhir 2022 yang menggambarkan perkembangan baik untuk syarikat dengan terus berdaya tahan dan membawa masuk nilai serta pengalaman unik untuk para pelanggan,” katanya kepada Bernama.

Khairul Azizi berkata, ketika tempoh pandemik, aktiviti beli-belah secara dalam talian telah menjadi satu kelaziman berikutan penutupan premis serta sekatan pergerakan yang dilaksanakan.

Bagaimanapun, katanya, Boustead Properties optimis bahawa purata kadar pengunjung bulanan telah meningkat susulan pembukaan semula ekonomi serta peralihan negara kepada fasa endemik.

“Usaha beli-belah dalam talian terbukti tidak memberi impak besar ke atas aktiviti pembelian secara fizikal di The Curve. Ia turut menjadi lokasi hebat untuk berkumpul dan saling berhubung dengan keluarga dan sahabat,” katanya.

Syarikat itu juga yakin prospek bagi industri runcit adalah cerah kerana telah melalui tempoh sukar serta menjangkakan dapat mengakhiri 2022 secara positif.

Memandangkan negara ini masih menangani COVID-19, pusat beli-belah The Curve juga menyedari aspek cabaran bagi industri runcit yang merangkumi kenaikan kos selain pendapatan pelanggan yang turut terjejas dan boleh memberi kesan terhadap perbelanjaan dan kuasa membeli mereka pada tahun ini.

“Walaupun mencabar, kami tetap fokus kepada usaha menambah nilai serta mengekalkan hubungan jangka panjang yang baik dengan penyewa, termasuk menghulurkan bantuan kepada mereka sewaktu tempoh sukar,” katanya.

Baru-baru ini media melaporkan mengenai pemeteraian persefahaman dengan K Ecomart Sdn Bhd, anak syarikat Korean Malaysia Trade (KMT) Group yang menjadi sebahagian daripada usaha mengembangkan profil kepelbagaian penyewa di The Curve.

Premis K Plus Food Market adalah penyewa utama di pusat beli-belah itu dengan kawasan seluas kira-kira 30,000 kaki persegi di tingkat bawah atau menyamai lima peratus daripada ruang boleh disewa dan satu angka yang signifikan bagi sewaan tunggal.

Pengerusi KMT Group Datuk Matthew Lee berkata pemilihan The Curve itu adalah selaras dengan sasaran permintaan baik terhadap tawaran produk Korea Selatan berdasarkan kemudahan akses terhadap lokasinya di Lembah Klang.

“Selain itu, kami juga mahu menjadikan premis kami yang berkonsepkan premis runcit Korea sebagai satu tarikan dan lokasi wajib kunjung bagi mereka di Lembah Klang yang meminati budaya negara itu,” katanya.

Kedai utama atau istimewa ini akan menampilkan rangkaian pelbagai produk dan jenama Korea dengan barangan makanan segar tertentu diimport terus dari Korea Selatan mengikut musim selain turut bekerjasama dengan pembekal tempatan bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia.

Menurut Lee, kumpulan itu juga merancang untuk mengembangkan premis berkonsepkan kedai runcit Korea itu ke lokasi-lokasi lain di masa akan datang.

— BERNAMA

Share280ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In