• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Malaysia Airlines Perbaharui Kerjasama Dengan SITA Tingkatkan Ketersambungan

in Berita
A A
Malaysia Airlines Perbaharui Kerjasama Dengan SITA Tingkatkan Ketersambungan

Kredit: FB Malaysia Airlines

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) — Malaysia Airlines memperbaharui kerjasamanya dengan SITA — penyedia penyelesaian teknologi maklumat (IT) untuk industri pengangkutan udara — untuk penambahhbaikan menyeluruh yang akan menghubungkan operasi global dengan habnya di Kuala Lumpur melalui ketersambungan rangkaian yang pantas, selamat dan boleh dipercayai.

Dalam satu kenyataan, Malaysia Airlines berkata ia akan memanfaatkan SITA Connect yang menyediakan ketersambungan rangkaian, membolehkan ahli pasukan mengakses sistem pusat dari mana-mana jua, menyokong operasi syarikat penerbangan itu di seluruh dunia untuk pekerja yang bekerja dari jauh.

“SITA Connect akan mengurangkan kos ketersambungan, meningkatkan kualiti perkhidmatan, memudahkan akses kepada ciri dan aplikasi baharu serta memudahkan proses daftar masuk penumpang  di seluruh dunia, dengan memanfaatkan kewujudan global SITA di lebih 650 lapangan terbang di 220 negara dan wilayah,” katanya.

Selain itu, Malaysia Airlines menekankan keselamatan adalah faktor utama dalam memilih penyelesaian SITA untuk menyokong sistem operasi kritikal syarikat penerbangan.

“Meningkatkan ketersambungan, keselamatan dan ketangkasan teknologi tulang belakang yang menyokong Malaysia Airlines akan memastikan kami bersedia untuk kemasukan penumpang dalam beberapa bulan akan datang serta membantu kami menyampaikan pengalaman perjalanan yang lancar untuk semua,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Izham Ismail. 

Sementara itu Presiden Asia Pasifik SITA Sumesh Patel berkata SITA mempunyai sejarah kerjasama yang lama dengan Malaysia Airlines.

“Kami gembira dapat sekali lagi memperbaharui kerjasama dengan menaik taraf beberapa perkhidmatan yang akhirnya akan membantu menyampaikan proses penumpang yang lancar,” katanya.

–BERNAMA

Share264ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In