Apabila kita masuk topik analisis Multiple Time Frame (MTF), ini adalah satu topik yang sangat advanced dan ia memerlukan fokus dan pemahaman yang mendalam. Bagi yang baru mengenali saham, adalah dinasihatkan anda untuk membuat pembacaan secara am terlebih dahulu mengenai tajuk analisis Multiple Time Frame (MTF).
Jika ada antara anda yand tidak tahu apa itu MTF, MTF adalah analisis yang mengambil kira lebih dari dua time frame dalam analisis teknikal. Pelabur biasa hanya akan melihat pada satu time frame untuk membuat keputusan beli dan jual. Tetapi pedagang sepenuh masa memerlukan analisis yang lebih mendalam sebelum membuat keputusan membeli.
Sebagai contoh analisis MTF bermaksud kita melihat carta time frame 1 hari, 4 jam dan 30 min untuk membuat keputusan membeli dan menjual.
Baca: Rahsia Multiple Timeframe Analysis Yang Pelabur Perlu Tahu

JENIS TIME FRAME
Seperti yang semua sedia maklum terdapat tiga kategori time frame yang kita gunakan.
- Jangka panjang (long term)
- Jangka sederhana panjang (swing)
- Jangka pendek (short term)
Untuk jangka panjang selalunya pelabur akan memegang saham yang sama dalam tempoh bulanan dan boleh mencapai bertahun lamanya. Jangka sederhana panjang pula dikira dalam harian dan boleh mencapai tempoh berminggu-minggu. Manakala dalam jangka pendek ataupun Day Trading, time frame dikira dalam minit dan hanya mengambil posisi dalam tempoh beberapa jam sahaja. Terdapat kelebihan dan kekurangan dalam setiap kategori dan ianya bergantung kepada jenis pelabur itu sendiri.
KELEBIHAN ANALISIS TIME FRAME
Bagi seorang pelabur atau pedagang adalah sangat penting untuk melihat secara keseluruhan pergerakan harga sesuatu saham. Sebagai contoh, apabila kita melihat harga pada carta 1 hari sedang menurun, kemungkinan pada carta mingguan harga sedang membuat pengumpulan dan volume sedang masuk sorta bersedia untuk menolak harga ke atas. Kelebihan besar pelabur memahami analisis time frame adalah dapat mengambil kesempatan atas setiap pergerakan harga yang berlaku.
Jika harga sedang membuat penurunan pada carta 4H dan Daily masih meneruskan aliran menaik, kita tahu bahawa carta 4H hanya pullback yang sihat untuk meneruskan kenaikan. Apabila kita melakukan analisis MTF, keyakinan untuk mengambil posisi akan lebih meningkat dan dapat menjaga emosi dengan lebih stabil.

MEMILIH TIME FRAME YANG BETUL
Masih ramai diluar sana yang memilih time frame yang salah.
Apa yang dimaksudkan disini adalah apabila kita membuat perbezaan time frame, kita perlu menggunakan formula faktor 5. Sebagai contoh, jika kita mengambil carta minggu sebagai Long Term, carta untuk swing mestilah carta harian dan carta untuk Short Term mestilah carta 1 jam atau 1.5 jam. Carta time frame lain hanyalah untuk panduan dan sokongan. Seperti yang disebutkan pada awal tadi dalam analisis time frame kita memerlukan sekurang-kurangnya 3 kategori time frame. Bagi pelabur yang lebih advanced mereka melihat lebih banyak time frame.
RUMUSAN
Melakukan analisis Multiple Time Frame adalah sesuatu yang tidak mudah. Namun begitu, ia adalah tidak mustahil untuk menguasai ilmu mahal ini. Apa yang penting adalah dengan membina satu sistem cara menganalisis time frame dan disokong oleh beberapa indikator yang biasa kita gunakan.
Masih ramai diluar sana yang keliru untuk membuat analisis MTF. Hal ini kerana kurangnya praktis dalam pelaburan yang mereka lakukan. Bagi yang serius dalam pelaburan saham, ilmu ini semestinya perlu dikuasai.
Selamat Mencuba.
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!

Semua yang anda perlu tahu untuk meraih pulangan yang baik di pasaran saham… dengan meminimakan risiko kerugian.
Kami juga tidak menjanjikan yang anda akan confirm buat untung gila-gila selepas belajar teknik ini. Tetapi jika anda mencari teknik yang boleh memberi pulangan yang konsisten, maka wajib dapatkan video ini.
Ini 3 masalah utama sebelum berjaya buat duit dekat pasaran saham
1. Tak tahu nak beli saham apa?
2. Bila boleh beli saham?
3. Bila kena jual saham tu?
Sebenarnya semua ini boleh terjawab jika pandai baca Candlestick.
Jadi khas untuk memudahkan anda, kami hasilkan video Masterclass sulung.
CANDLESTICK SAHAM
bersama Tuan Haji Zainal Ariffin bin Osman
(MSTA, CFTE, IFTA, UKSTA, MATA)
ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI VIDEO INI
1. Pengenalan kepada ‘Price Action’
2. Bagaimana mengukur kekuatan Price Action dengan candlestick?
3. Bullish Candlestick pattern yang menunjukkan harga akan beralih arah
4. Bearish reversal pattern
5. Peranan volume untuk mengesahkan pergerakan candle
6. Candlestick trading setup
7. Cara menggunakan candlestick dengan trend dan oscillator
8. Cara menggunakan candlestick dengan RSI
Sekejap, belum habis lagi…
✅ BONUS
1. Penggunaan Heiken Ashi
2. Candlestick pattern Screener
3. Set target menggunakan candlestick
4. Set stop loss menggunakan candlestick
Speaker memang otai, modul pun terbaik.
InshaAllah video pembelajaran secara santai ini dapat bantu anda memahami Analisis Teknikal (TA) yang selalu disebut oleh sifu-sifu saham.
Yang penting, video ini sesuai sangat untuk pelabur dan pedagang saham newbie. Boleh tengok ulang-ulang sampai faham.
KINI DIBUKA UNTUK LANGGANAN!
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
DISCLAIMER: Video ini bertujuan pendidikan sahaja. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.




