• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, October 15, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Jualan Kenderaan Kumpulan UMW Meningkat 14% Pada Jun 2022 Berbanding Mei 2022; Peningkatan Sebanyak 32% Pada Setengah Tahun Pertama 2022

in Berita, Uncategorized
A A
Jualan Kenderaan Kumpulan UMW Meningkat 14% Pada Jun 2022 Berbanding Mei 2022; Peningkatan Sebanyak 32% Pada Setengah Tahun Pertama 2022

perodua toyota

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

UMW Toyota Motor mencatatkan jualan sebanyak 8,939 unit pada bulan Jun 2022, yang tertinggi untuk tahun ini –

Perodua mencatatkan jualan sebanyak 21,164 unit pada bulan Jun 2022

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Jualan automotif Kumpulan UMW melonjak sebanyak 14% pada bulan Jun 2022, berikutan peningkatan jualan daripada kedua-dua UMW Toyota Motor (“UMWT”) dan syarikat bersekutu UMW, Perodua.  Kumpulan telah mencatatkan jualan sebanyak 30,103 unit pada bulan Jun 2022 berbanding 26,480 unit yang didaftarkan pada bulan Mei 2022, di mana ia tetap terus memenuhi buku pesanan tertunggak yang menggalakkan.  Bagi separuh tahun pertama, Kumpulan UMW merekodkan jualan sebanyak 173,254 unit, 32% lebih tinggi daripada 131,401 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama pada tahun 2021.  Jualan pada Jun 2021 telah terjejas disebabkan oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (“PKPP”) dari 1 Jun sehingga 15 Ogos 2021.

UMWT mencatatkan jualan bulanan tertinggi bagi tahun ini iaitu pada bulan Jun 2022 dengan jualan sebanyak 8,939 unit, 18% lebih tinggi berbanding 7,579 unit yang dicatatkan pada bulan Mei 2022.  Setakat Jun 2022, UMWT mencatatkan jualan sebanyak 45,911 unit, 35% lebih tinggi daripada 34,111 unit dalam tempoh yang sama bagi tahun 2021.  Untuk memperbaharui barisan modelnya, pada 24 Jun 2022, UMWT telah memulakan pengambilan tempahan untuk Toyota Veloz serba baharu.  Toyota Veloz baharu dengan pemasangan tempatan (CKD) akan menggantikan Toyota Avanza dalam pasaran MPV segmen B di Malaysia.

Sementara itu, Perodua mencatatkan jualan sebanyak 21,164 unit pada bulan Jun 2022, 12% lebih tinggi daripada 18,901 unit yang didaftarkan pada bulan Mei 2022.  Bagi separuh pertama tahun 2022, Perodua mencatatkan jualan sebanyak 127,343 unit, 31% lebih tinggi daripada 97,290 unit yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun 2022.  Model terlaris Perodua bagi separuh tahun pertama 2022 ialah Myvi, Axia dan Bezza.  Untuk mengukuhkan lagi kedudukannya di dalam pasaran, Perodua telah memulakan pengambilan pesanan bagi Perodua Alza serba baharu pada 23 Jun 2022.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato' Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Kami berbesar hati dengan peningkatan jualan yang didaftarkan oleh UMWT dan Perodua pada Jun 2022.  Walaupun pengecualian cukai jualan tidak dilanjutkan selepas Jun 2022, kami berterima kasih kepada kerajaan kerana melanjutkan pengecualian cukai jualan bagi tempahan tertunggak yang dibuat sebelum 30 Jun 2022 untuk didaftarkan selewat-lewatnya pada 31 Mac 2023.  Pengumuman ini juga membawa kepada peningkatan yang besar terhadap tempahan kenderaan baharu untuk UMWT dan Perodua pada minggu terakhir bulan Jun 2022.  Kedua-duanya syarikat akan terus meningkatkan pengeluaran bagi memastikan kami dapat memenuhi permintaan pelanggan kami.  Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami atas sokongan berterusan mereka terhadap produk dan perkhidmatan kami.”

Mengenai UMW

Kumpulan UMW merupakan syarikat konglomerat serantau yang memajukan dan menyokong pertumbuhan industri serta melibatkan diri dalam pelbagai usaha sama. Kumpulan UMW memberi tumpuan kepada empat segmen perniagaan teras - Automotif, Jentera, Pembuatan & Kejuruteraan dan Aeroangkasa.  Ia kini beroperasi di 8 buah negara dengan jumlah kakitangan melebihi 18,000 orang, termasuk Perodua.

UMW bersedia memainkan peranan utama dalam membentuk masa hadapan industri - dengan menginspirasikan idea, meningkatkan potensi, memupuk usaha sama dan membentuk kecemerlangan untuk menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan semua pihak yang berkepentingan.

Sumber: UMW Corporation Sdn. Bhd.

--BERNAMA
Share226ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

4 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

6 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

6 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In