• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Pertunjukan Udara Antarabangsa Farnborough 2022 Dijangka Rangsang Industri Aeroangkasa Malaysia

in Berita
A A
Pertunjukan Udara Antarabangsa Farnborough 2022 Dijangka Rangsang Industri Aeroangkasa Malaysia
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) — Pertunjukan Udara Antarabangsa Farnborough (FIA) 2022, pameran perdagangan dwitahunan bagi peserta aeroangkasa dan pertahanan akan berperanan sebagai platform untuk membawa industri aeroangkasa Malaysia ke tahap sebelum pandemik dan seterusnya, sekali gus menjana pertumbuhan demi pemulihan yang teguh.

Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Tan Sri Dr Halim Mohammad yang menerajui misi itu berkata, industri aeroangkasa Malaysia menyaksikan prospek yang menggalakkan terhadap perniagaan dan operasi mereka pada tahun ini berikutan pandemik COVID-19 yang memasuki peringkat endemik.

“Industri aeroangkasa merupakan industri strategik dan ia prospek yang baik dengan Rancangan Malaysia Ke-12 oleh kerajaan untuk menumpukan kepada sektor bernilai tinggi.

“MATRADE sentiasa komited untuk meraih lebih banyak peluang kepada syarikat-syarikat aeroangkasa Malaysia untuk memanfaatkan permintaan di pasaran aeroangkasa global,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

MATRADE telah menyertai pameran dwitahunan FIA sejak 2014 dan menjadi peneraju dalam menganjurkan misi aeroangkasa.

Malah, penyertaan Malaysia di FIA 2022 mulai 18 hingga 22 Julai ini akan mempercepat pemulihan industri aeroangkasa negara berikutan eksport aeroangkasa yang perlahan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

FIA dihadiri oleh gergasi aeroangkasa seperti Airbus, Boeing, Embraer dan Bombardier.

Penyertaan Malaysia di FIA bertujuan mempamerkan ekosistem semasa aeroangkasa negara, di samping mengukuhkan hubungan industri dengan pengeluaran barangan asal (OEM) dan pembekal Peringkat 1 dan Peringkat 2 dari seluruh dunia.

Sebanyak 14 syarikat Malaysia dan tiga agensi kerajaan akan mengambil bahagian dalam acara lima hari anjuran MATRADE di bawah Pavilion Malaysia.

“Industri ini telah mencipta pekerjaan kepada lebih 27,500 pekerja berkemahiran tinggi. Kepakaran dan kekuatan Malaysia dalam industri aeroangkasa meliputi perkhidmatan menyelenggara, membaiki dan membaik pulih (MRO) dan pembuatan struktur aero serta komponen enjin,” kata Halim.

Eksport peralatan dan komponen aeroangkasa Malaysia berjumlah RM5.79 bilion pada 2021. Eksport pasaran utama adalah Perancis, China dan United Kingdom.

— BERNAMA

Share249ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In