• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Raya Airways Pajak Empat Pesawat Airbus Dari ST Engineering

in Berita
A A
Raya Airways Pajak Empat Pesawat Airbus Dari ST Engineering

Kredit: FB Raya Airways

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 7 Julai  (Bernama) — Pengendali kargo udara serantau Raya Airways Sdn Bhd akan memajak empat pesawat Airbus berbadan sempit jenis pesawat penumpang ke pesawat kargo daripada perniagaan pengurusan aset penerbangan ST Engineering.

Pengarah Urusan Kumpulan Raya Airways, Mohamad Najib Ishak dalam satu kenyataan hari ini berkata empat pesawat tambahan — dua A320P2F dan dua A321P2F — akan membolehkan syarikat itu meningkatkan kapasiti operasi untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

“Industri kargo udara, yang merupakan sebahagian daripada rantaian bekalan global, dijangka berkembang seiring dengan ekonomi global. Unjuran industri terkini oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa menyatakan bahawa volum kargo dijangka mencatatkan rekod tertinggi sebanyak 68.4 juta tan pada 2022 dengan hasil kargo dijangka bernilai US$191 bilion daripada hasil industri,” katanya.

Najib berkata empat pesawat itu akan ditukar di bawah program A320/A321P2F Elbe Flugzeugwerke, usaha sama antara ST Engineering dan Airbus.

“Penukaran untuk pesawat pertama, A321, telah bermula di kemudahan ST Engineering di Singapura dengan jangkaan penghantarannya pada suku keempat 2022,” katanya.

Kenyataan itu berkata A321P2F menawarkan 27 tan apabila ditukar menjadi pesawat kargo, A320P2F, pula ialah 21 tan, yang secara berkesan meningkatkan muatan gabungan Raya Airways sehingga 96 tan.

Perniagaan pengurusan aset penerbangan ST Engineering ialah syarikat pemberi pajakan pesawat dan enjin lengkap dengan kecekapan terasnya dalam permulaan perjanjian, pembiayaan, pensekuritian, pengurusan pajakan, pengurusan aset teknikal, pemasaran semula dan pemilikan semula.

— BERNAMA

Share268ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

12 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In