• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Infineon Labur RM8 Bilion Bina Fabrikasi Wafer Di Kulim, Dijangka Siap Menjelang Suku Ketiga 2024

in Berita, Catalyst
A A
Infineon Labur RM8 Bilion Bina Fabrikasi Wafer Di Kulim, Dijangka Siap Menjelang Suku Ketiga 2024

Kredit: www.infineon.com/

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) — Penyedia penyelesaian semikonduktor Infineon akan melabur lebih RM8 bilion untuk membina modul fabrikasi wafer di Kulim, menambah kapasiti pengeluaran yang ketara dalam semikonduktor kuasa.

Pembinaan itu dijangka siap menjelang suku ketiga 2024.

Ketua Pegawai Operasi Infineon Technologies AG Dr Rutger Wijburg berkata Malaysia adalah hab penting bagi Infineon disebabkan skala ekonomi sedia ada dalam pembuatan fabrikasi wafer bahagian hadapan di Kulim, dan pembuatan cip bahagian belakang di Melaka.

“Apabila dilengkapi sepenuhnya, produk daripada modul baharu itu akan menjana hasil tahunan tambahan 2 bilion euro (EUR1=RM4.52).

“Berikutan usaha penyahkarbonan mendapat momentum di peringkat global, permintaan daripada kenderaan elektrik, infrastruktur pengecasan dan penyimpanan, dan tenaga boleh diperbaharui bagi semikonduktor kuasa jurang jalur lebar semakin meningkat dan kami bersedia untuk menyokong permintaan itu,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Pembangunan Pelaburan) Lim Bee Vian berkata Malaysia bertuah kerana mempunyai rakan kongsi industri jangka panjang dan komited, termasuk Infineon, yang memainkan peranan penting dalam membawa pertumbuhan kepada industri semikonduktor Malaysia.

“Ketika kami bergembira dengan pengumuman kemudahan ketiga hari ini untuk meningkatkan fabrikasi wafer bagi semikonduktor jurang jalur lebar, saya gembira untuk memaklumkan bahawa modul ketiga Infineon Kulim akan memainkan peranan penting dalam meningkatkan kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan semikonduktor global.

“Matlamat kolektif kami adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai salah satu rakan kongsi utama dalam rantaian bekalan semikonduktor global,” katanya.

Lim menyatakan bahawa mempunyai rakan kongsi global yang berfikiran sama seperti Infineon akan mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam rantaian nilai global dan matlamatnya untuk menjadi pangkalan pembuatan termaju di rantau ini, dipacu oleh inovasi.

“Kami komited untuk menyokong peneraju industri seperti Infineon dan kami menghargai kepercayaan serta komitmen yang telah anda tunjukkan sepanjang kehadiran anda di Malaysia,” tambahnya.

Industri elektrik dan elektronik (E&E) menyumbang dengan ketara kepada pertumbuhan KDNK Malaysia, pendapatan eksport, pelaburan dan pekerjaan, serta memainkan peranan penting dalam pembangunan perindustrian negara.

Pada suku pertama 2022 sahaja, Malaysia menarik RM18.6 bilion (US$4.4 bilion) dalam pelaburan yang diluluskan untuk industri E&E, antara industri berprestasi terbaik dalam tempoh Januari hingga Mac 2022 bagi sektor pembuatan. 

— BERNAMA

Share296ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In