• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Sime Darby Jual Syarikat-Syarikat Pelabuhan Weifang Pada RM1.27 Bilion

in Berita
A A
Sime Darby Jual Syarikat-Syarikat Pelabuhan Weifang Pada RM1.27 Bilion
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) — Sime Darby Bhd menamatkan perniagaan pelabuhan bukan teras dengan menjual keseluruhan kepentingan ekuiti dalam syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang pada 1.92 bilion yuan (kira-kira RM1.27 bilion).

Anak syarikat milik penuh tidak langsung kumpulan, Sime Darby Overseas (HK) Ltd (SDOHK) telah menandatangani perjanjian untuk menjual kepentingannya dalam lapan entiti kepada SPG Bohaiwan Port Group Co Ltd, yang merupakan sebahagian daripada Shandong Port Group Co.

Shandong Port Group Co merupakan syarikat yang ditubuhkan oleh kerajaan wilayah Shandong untuk menyatukan aset pelabuhan di wilayah tersebut.

Syarikat-syarikat yang dijual itu menyediakan pelbagai perkhidmatan pelabuhan seperti memuatkan dan memunggah kontena, pukal kering, pukal berasingan, kargo am dan cecair serta perkhidmatan penyimpanan untuk pelanggan pelabuhan.

Dalam kenyataan pada Isnin, Sime Darby menjelaskan selain pertimbangan penjualan, SDOHK akan menerima jumlah indikatif 541 juta yuan (kira-kira RM357 juta) sebagai pembayaran balik pinjaman pemegang saham.

“Hasil penjualan syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang oleh Sime Darby akan digunakan untuk pelaburan masa depan perniagaan teras kumpulan dalam sektor perindustrian dan automotif di samping sebagai perbelanjaan modal dan/atau pembayaran balik pinjaman jangka pendek,” menurutnya.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Sime Darby secara beransur-ansur menjual aset yang telah dikenal pasti sebagai bukan teras, sebagai sebahagian daripada usaha kumpulan menyelaraskan portfolio dan menggunakan semula modal bagi menyokong pertumbuhan perniagaan teras dalam bidang perindustrian dan automotif.

Ia menambah, penjualan ini termasuk penjualan perniagaan pengurusan air di Weifang serta kepentingan dalam Tesco Malaysia, Eastern & Oriental Bhd dan tiga pelabuhan sungai di Jining.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata China kekal sebagai antara pasaran penting Sime Darby dan ia menyumbang hampir 40 peratus kepada perolehan kumpulan.

Beliau berkata perniagaan perindustrian dan automotif kumpulan di negara itu meliputi 120 lokasi dan 14 wilayah.

Pihaknya berharap dapat menyalurkan hasil yang diterima daripada penjualan ini untuk meluaskan dan mengukuhkan kedudukan SIme Darby dalam sektor perindustrian dan automotif di China selain terus meneroka peluang dalam pasaran lain, katanya.

“Tempoh beberapa tahun lepas amat mencabar bagi sektor pelabuhan, dan kami terhutang budi kepada kerajaan wilayah Shandong kerana menyempurnakan penjualan ini, lantas membolehkan kami menyalurkan hasil yang diraih untuk mengembangkan perniagaan teras kami,” katanya.

Perjanjian penjualan saham itu dijangka dapat diselesaikan pada suku keempat 2022.

— BERNAMA

Share762ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In