• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Zetrix MYEG, Xinhou BIF Bekerjasama Perkenal Perkhidmatan Berasaskan Rantaian Blok Ke Pasaran Antarabangsa

in Berita
A A
Zetrix MYEG, Xinhou BIF Bekerjasama Perkenal Perkhidmatan Berasaskan Rantaian Blok Ke Pasaran Antarabangsa
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) — Platform rantaian blok MY E.G. Services Bhd (MYEG), Zetrix dan Xinghuo Blockchain Infrastructure and Facility (Xinghuo BIF) yang berpejabat di China bekerjasama memperkenalkan perkhidmatan berasaskan rantaian blok yang mencatatkan kejayaan penting bagi membolehkan perniagaan rantaian blok rentas sempadan dengan China.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MYEG berkata kedua-dua pihak mengumumkan pengenalan rantaian blok (BID)/ kelayakan boleh disahkan (VC) dan perkhidmatan e-tandatangan berasaskan rantaian blok ke pasaran antarabangsa.

BID, kaedah rasmi pengecam terpencar (DID) yang disenaraikan dalam Pendaftaran Spesifikasi DID bagi Konsortium Web Sedunia (W3C) merupakan pendekatan baharu untuk merealisasikan identiti pemencaran berdasarkan Xinghuo BIF.

“Fasa awal pelancaran BID akan merangkumi pengenalan kelayakan berkaitan Cina, perjanjian dan rangka kerja undang-undang yang akan menjadi asas bagi penubuhan perjanjian tersebut.

“Zetrix akan menghubungkan pihak China yang menandatangani rangkaian domestik di Xinghuo BIF dengan rakan sejawat antarabangsanya di rangkaian Zetrix,” kata MYEG.

Perkhidmatan BID adalah lanjutan daripada perkhidmatan e-tandatangan berasaskan Xinghuo BID dan rantaian blok Xinghuo sedia ada yang telah digunakan secara rasmi pada Februari 2022.

Pada 12 Okt, 2021, memorandum persefahaman di antara China Academy of Information and Communications Technology (CAICT) dengan MYEG yang menubuhkan rantaian Zetrix, mengumumkan rangka kerja kerjasama strategik antara Xinghuo BIF dan Zetrix sebagai infrastruktur antarabangsa untuk menghubungkan rangkaian Xinghuo China ke pasaran antarabangsa.

Pengarah Urusan kumpulan MYEG, TS Wong berkata BID dan VC adalah blok binaan penting yang saling berkait dengan perkhidmatan Web3.

“Ia adalah alat asas yang boleh digunakan oleh aplikasi pemancar kuasa untuk menghubungkan pelbagai perkhidmatan baharu yang berupaya melancarkan potensi penuh platform rantaian blok,” katanya.

Sementara itu, dagangan sekuriti MYEG telah digantung berkuat kuasa 2.30 petang hari ini dan menyambung semula dagangan satu jam kemudian.

— BERNAMA

Share243ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In