• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Tegur Khee San, Denda RM885,000 Ke Atas Sembilan Pengarah

in Berita
A A
Bursa Malaysia Tegur Khee San, Denda RM885,000 Ke Atas Sembilan Pengarah
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) — Bursa Malaysia Securities Bhd membuat teguran secara terbuka ke atas Khee San Bhd dan sembilan pengarahnya kerana melanggar keperluan penyenaraian pasaran utama Bursa Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, Bursa Malaysia Securities berkata ia telah mengenakan denda sebanyak RM885,000 ke atas sembilan pengarah tersebut.

Syarikat itu ditegur selepas ia tidak membuat pengumuman serta-merta mengenai kegagalan dalam pembayaran pelbagai kemudahan kredit oleh syarikat dan subsidiarinya, Khee San Food Industries Sdn Bhd (KSFI).

Syarikat itu juga gagal memastikan perwakilan bahawa syarikat itu mampu dan akan dapat membayar semua hutangnya ketika itu dan apabila tarikhnya tiba dalam tempoh 12 bulan pada pengumuman bertarikh 8 Ogos 2019; 23 Jun 2020 (dipinda pada 24 dan 25 Jun 2020) dan 6 Julai 2020.

“Pengisytiharan solvensi bertarikh 13 Ogos 2019 dan 29 Jun 2020 adalah tepat serta tidak mengelirukan,” katanya.

Khee San juga ditegur disebabkan pelanggaran tadbir urus korporat yang mana, antara lain, ia gagal memastikan penamaan/peranan Datuk Seri Liew Yew Chung sebagai pengerusi/pengarah bukan eksekutif adalah tepat dan tidak palsu atau mengelirukan dalam laporan tahunan bagi tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2017 yang dikeluarkan semasa 31 Oktober 2017 dan laporan tahunan bagi tempoh kewangan 18 bulan yang berakhir pada 31 Disember 2018 yang diterbitkan menjelang 8 Mei 2019.

“Bursa Malaysia melihat pelanggaran ini dengan serius kerana keperluan untuk membuat pengumuman segera mengenai kegagalan material dalam pembayaran kemudahan kredit dan menyediakan pengisytiharan kesolvenan yang tepat adalah asas dalam membolehkan para pelabur membuat keputusan pelaburan yang dimaklumkan mengenai keadaan kewangan penerbit tersenarai.

“Di samping itu, adalah penting bagi Lembaga Pengarah untuk mematuhi keperluan tadbir urus korporat yang berkhidmat kepada, antara lain, mempromosikan akauntabiliti korporat kepada para pemegang saham dan orang ramai yang melabur,” katanya lagi.

— BERNAMA

Share366ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In