• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Unique Fire Sasar Kumpul RM21.78 Juta Daripada IPO

in Berita
A A
Unique Fire Sasar Kumpul RM21.78 Juta Daripada IPO
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) — Unique Fire Holdings Bhd (Unique Fire) menyasar untuk mengumpul RM21.78 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) berikutan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia yang dijadualkan pada 5 Ogos.

Syarikat pegangan pelaburan itu terlibat dalam pemasangan, pengedaran dan pembuatan perlindungan kebakaran aktif sistem, peralatan dan aksesori.

Pengarah Urusan Liew Sen Hoi berkata daripada hasil yang diperoleh, RM2.5 juta akan diperuntukkan untuk pembesaran kemudahan pembuatan.

“Kami akan mengembangkan kemudahan pembuatan kami dengan memasang dua barisan pembuatan silinder pemadam api kimia kering mudah alih baharu, yang akan meningkatkan kapasiti pengeluaran semasa kami iaitu 210,000 unit, sebanyak lebih 220 peratus,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran prospektus IPO syarikat itu hari ini.

Liew berkata sejumlah RM6 juta akan digunakan bagi menubuhkan pejabat jualan dan gudang baharu di Johor dan Pulau Pinang, serta meningkatkan aktiviti pengiklanan dan pemasaran syarikat, termasuk menyertai pameran di pasaran tempatan dan antarabangsa.

“Kami juga telah memperuntukkan RM5.3 juta bagi meningkatkan lagi keupayaan operasi dengan pengembangan kapasiti kawasan storan selain melaksanakan sistem pengurusan gudang, serta menambah baik sistem teknologi maklumat  untuk memastikan operasi kami berjalan lancar dan cekap,” tambah beliau.

Di samping itu, RM4.58 juta akan diketepikan untuk modal kerja dan baki RM3.4 juta akan digunakan untuk membiayai perbelanjaan penyenaraian.

Pengarah Eksekutif Datuk Marcus Liew pula berkata syarikat itu secara beransur-ansur akan menerokai pasaran antarabangsa dan berharap dapat menembusi pasaran-pasaran eksport.

“Antara strateginya termasuk pematuhan kepada Standard British yang ketat yang akan membolehkan Unique Fire mengeksport ke kebanyakan negara komanwel,” katanya.

Mengenai prospek syarikat, Marcus berkata syarikat itu optimis mencatatkan pertumbuhan yang mampan pada tahun-tahun mendatang, disokong oleh asas perniagaannya yang kukuh.

Sementara itu, IPO Unique Fire terdiri daripada terbitan awam sebanyak 83.75 juta saham baharu dan tawaran untuk penjualan 30 juta saham sedia ada.

Pada harga terbitan 26 sen sesaham dan modal saham yang diperbesarkan sebanyak 400 juta saham, syarikat itu akan mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM104 juta selepas penyenaraiannya.

Permohonan untuk terbitan awam dibuka hari ini dan akan ditutup pada 22 Julai, 2022.

— BERNAMA

Share275ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In