• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Anak Syarikat Tidak Langsung Inari Amertron Tubuh JV Di China Untuk Pembuatan OSAT

in Berita
A A
Anak Syarikat Tidak Langsung Inari Amertron Tubuh JV Di China Untuk Pembuatan OSAT
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) — Anak syarikat milik penuh tidak langsung Inari Amertron Bhd, Amertron International Ltd, memeterai kontrak usaha sama (JV) dengan  CFTC (Yiwu) Equity Investment Fund Partnership (Ltd Ptd) dan CFTC Equity Investment Management (Beijing) Co, Ltd untuk menubuhkan sebuah syarikat JV, Yiwu Semiconductor International Corporation.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Inari berkata syarikat JV itu akan menyatukan kekuatan dan kepakaran semua pihak dalam melaksanakan pembuatan penyumberan luar pemasangan dan ujian semikonduktor (OSAT) serta perniagaan yang berkaitan di China bagi pasaran tempatan.

“Dengan mengguna pakai kaedah pengurusan kejuruteraan, sistem pengurusan yang inovatif, teknologi yang canggih, dan menyepadukan sumber berkualiti tinggi, syarikat JV itu akan menyediakan produk dan perkhidmatan yang terbaik dalam kelasnya kepada pelanggannya dan kepada pasaran secara amnya dan, menerusi operasi yang berkesan syarikat JV itu, kami menyasarkan untuk memberikan pulangan pelaburan yang baik kepada pihak berkenaan,” katanya. 

Inari berkata syarikat JV itu adalah syarikat liabiliti terhad yang diperbadankan pada 4 Jan, 2021 di bawah undang-undang Republik Rakyat China.

Ia kini mempunyai modal berdaftar sebanyak 770.0 juta renminbi, dengan CFTC (Yiwu) Equity Investment Fund Ptd memegang 770.0 juta renminbi, mewakili 99.99 peratus daripada jumlah modal ekuiti dalam syarikat JV itu.

Sementara itu, CFTC Equity Investment Management (Beijing) Co., Ltd memegang 1,000 renminbi.

Modal berbayar semasa syarikat JV itu ialah 570.0 juta renminbi, katanya.

Inari turut menyatakan skop perniagaan semasa syarikat JV itu termasuk pembuatan, reka bentuk dan penjualan cip litar bersepadu (IC) dan komponen elektronik.

Sehingga kini, syarikat JV itu belum lagi memulakan perniagaan, tambahnya.

“JV itu akan membolehkan Inari Group menambah baik strategi perniagaan  sedia ada dan membolehkannya mengembangkan dan menambah operasi Amertron Technology (Kunshan) Co., Ltd yang sedia ada dalam pasaran China yang sedang berkembang.

“Ini juga akan membolehkan kumpulan mempelbagaikan produk dan pangkalan pelanggannya serta menambah hasil dan aliran pendapatan dengan potensi tawaran awam permulaan (IPO) di China pada peringkat seterusnya,” tambahnya.

— BERNAMA

Share260ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In