• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Sapura Energy Catat Keuntungan Bersih Sebanyak RM91.93 Juta Pada Suku Pertama

in Berita
A A
Sapura Energy Catat Keuntungan Bersih Sebanyak RM91.93 Juta Pada Suku Pertama
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) — Sapura Energy Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM91.93 juta pada suku pertama berakhir 30 April, 2022 berbanding kerugian bersih RM97.07 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lepas, terutamanya disebabkan oleh peningkatan pertukaran asing yang timbul daripada kenaikan dolar AS berbanding ringgit.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat perkhidmatan minyak dan gas bersepadu itu berkata hasil, bagaimanapun, jatuh 39.7 peratus kepada RM886.08 juta daripada RM1.47 bilion setahun lepas.

“Hasil yang rendah ini terutamanya disebabkan oleh aktiviti projek yang rendah daripada segmen kejuruteraan dan pembinaan pada suku semasa,” kata syarikat itu. 

Sapura Energy berkata berkata sebagai sebahagian daripada pelan penyusunan semula holistiknya — pelan tetapan semulanya — kumpulan itu telah memulakan beberapa siri rundingan dengan pelanggan untuk penyelesaian secara baik bagi memastikan projek disempurnakan, kata syarikat itu dalam kenyataan media berasingan.

Keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) pada suku pertama tahun kewangan 2023 terutamanya diperoleh daripada usaha yang berterusan, yang dilaksanakan menerusi penyelesaian komersial yang diluluskan dan peningkatan pertukaran asing yang menggalakkan berikutan pengukuhan dolar AS.

Ketua Pegawai Eksekutif Sapura Energy Group Datuk Mohd Anuar Taib berkata kumpulan itu sedang menyaksikan pencapaian awal pemulihan, berikutan pelaksanaan pelan tetapan semulanya. 

“Kami masih mempunyai halangan besar untuk diatasi sebelum kami dapat mengekalkan momentum yang menggalakkan ini,” katanya.

Sapura Energy kini diklasifikasikan sebagai syarikat PN17 dan pelan penyusunan semula, berdasarkan pelan tetapan semula kumpulan yang dimulakan pada Disember 2021, sedang dirumuskan.

“Melaksanakan pelan tetapan semula kami menjadi lebih penting berbanding sebelum ini memandangkan ia adalah laluan kami menuju platform yang stabil kepada kumpulan, membolehkan kami keluar daripada status PN17 dan berkembang dalam masa terdekat,” jelas Mohd Anuar.

Kumpulan itu akan terus melaksanakan aktiviti projek sepanjang tahun ini; ia mempunyai lebih daripada 50 projek yang sedang dijalankan merentas segmen perniagaannya.

Beberapa projek utama dimulakan pada suku kedua tahun kewangan 2023, termasuk kempen pemasangan luar pesisir dan penggerudian di Semenanjung Malaysia, Trinidad dan Tobago, dan Gabon di Afrika.

“Kumpulan itu juga meningkatkan keuntungan projeknya melalui penambahbaikan berterusan dalam disiplin pengurusan, disokong oleh kontrak yang lebih kukuh dan pengurusan kos untuk melindungi margin,” tambahnya.

— BERNAMA

Share344ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In