• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

FGV Kekal Komited Melabur, Kembangkan Rangkaian Perniagaan Tani Lestari

in Berita, Saham
A A
FGV Kekal Komited Melabur, Kembangkan Rangkaian Perniagaan Tani Lestari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) — FGV Holdings Bhd (FGV) kekal komited untuk terus melabur dan berkembang ke arah perniagaan tani lestari dan sinergi yang lebih luas di samping menyasar untuk bergerak ke arah aktiviti perniagaan lebih bernilai tinggi untuk mencapai pulangan lebih stabil.

Menurut kenyataan pada Jumaat, FGV menjelaskan perkara itu merupakan antara resolusi yang diluluskan oleh para pemegang sahamnya semasa mesyuarat agung tahunan (AGM) ke-14 yang diadakan secara maya pada Khamis.

FGV menambah, semasa AGM itu, Pengerusi, Datuk Dzulkifli Abd Wahab berkata FGV berhasrat menjadi antara perniagaan tani mampan terulung di dunia dengan jenama produk bereputasi tinggi dan keupayaan pengedaran yang kukuh.

“Selain itu, kita juga memajukan usaha kelestarian FGV sebagai syarikat perniagaan tani dan makanan pertama di Malaysia yang merangka sasaran Pelan Tindakan Iklim dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu,” katanya.

Beliau berkata FGV juga berhasrat mengubah naratif kelapa sawit Malaysia dengan memastikan pertimbangan berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) terus menjadi keutamaan dalam hal ehwal FGV.

“Kita percaya ini adalah kunci untuk memperjuangkan kebaikan minyak sawit yang mampan di peringkat global dan membantu industri untuk mendapat penerimaan serta sokongan antarabangsa. Ini juga adalah antara langkah untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat,” katanya.

Menurut FGV, para pemegang saham juga telah meluluskan kesemua 13 resolusi semasa AGM itu.

Selain itu, antara agenda yang dibentangkan adalah kenaikan yuran dan elaun pengerusi dan lembaga pengarah seperti dicadangkan setelah mengambil kira kekompleksan dan jumlah perniagaan vertikal FGV berbanding syarikat perladangan lain, jelasnya.

“Bagi 2022, FGV akan memastikan Pelan Strategik Perniagaan berupaya menyediakan manfaat kepada pemegang saham khususnya peneroka Felda terutama apabila Felda telah menjadi pemegang saham terbesar pada penghujung 2021 dengan jumlah saham 79.80 peratus,” tambah syarikat itu.

Menurut FGV, ia menjangka dapat menjalinkan sinergi yang bermanfaat menerusi hubungan yang lebih rapat antara Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan FGV, dipacu oleh komunikasi jelas mengenai perkongsian matlamat dan jajaran strategik yang lebih responsif.

Pada 10.25 pagi, saham FGV meningkat empat sen kepada RM1.54, denga 74,100 unit bertukar tangan.

— BERNAMA

Share275ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In