• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

TDM Berhad Beri Tumpuan Kepada Tanaman Kontan Bagi Pelbagaikan Aliran Pendapatan Syarikat

in Berita, Catalyst, Saham
A A
TDM Berhad Beri Tumpuan Kepada Tanaman Kontan Bagi Pelbagaikan Aliran Pendapatan Syarikat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA TERENGGANU, 23 Jun (Bernama) — TDM Berhad, anak syarikat negeri Terengganu memberi tumpuan kepada tanaman kontan dalam usaha untuk mempelbagaikan aliran pendapatan syarikat.

Pengerusinya, Raja Datuk Idris Raja Kamaruddin berkata pihaknya telah memulakan projek tanaman cili dan nanas seluas dua hektar pada awal tahun ini di Kemaman dan Kuala Terengganu menggunakan kaedah pertanian pintar bagi mengurangkan kos operasi.

“Susulan isu ketegangan geopolitik yang semakin meruncing, isu keselamatan makanan telah menjadi kebimbangan di peringkat global dan Malaysia.

“Bagi menyumbang kepada kecukupan makanan dalam negara, TDM Berhad akan memanfaatkan kawasan yang tiada penanaman kelapa sawit untuk mengusahakan cili dan nanas,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan Ke-57 TDM Berhad, di sini, hari ini.

Menurut Raja Idris, pihaknya juga menyasarkan untuk meluaskan tanaman cili dan nanas kepada 80 hektar dalam tempoh tiga tahun lagi untuk menampung keperluan dalam negeri.

Katanya perluasan kawasan tanaman tersebut akan memberi pendapatan tambahan kepada syarikat selain sumbangan sektor perladangan dan penjagaan kesihatan yang menjadi perniagaan teras.

“Bagi 2022, kita menjangka dapat mengeluarkan 107 tan nanas dan 40 tan cili bergred tinggi untuk pasaran tempatan.

“Bagaimanapun, sekiranya perancangan kita berjalan mengikut pelan, kita mampu mengeluarkan 4,800 tan cili dan 1,800 tan nanas setahun daripada 80 hektar kawasan tanaman,” katanya.

Dalam pada itu, Raja Idris berkata bagi segmen kesihatan, TDM Berhad juga merancang untuk mengembang dan meningkatkan liputan perkhidmatan di negara ini secara ‘brownfield’ dan greenfield’.

“Syarikat baru sahaja selesai mengambil alih ‘Tawau Specialist’ yang kini dikenali sebagai KMI Tawau Medical Centre. 

“Malah, kami juga berusaha ke arah menyediakan rangkaian hospital pakar dengan pembinaan hospital pakar di Kemaman, Terengganu dan di Bandar Baru Tunjong di Kota Bharu, Kelantan,” katanya.

— BERNAMA

Share296ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In