• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Tuju Setia Dapat Kontrak Bernilai RM257 Juta Untuk Pembangunan Perumahan Tinggi

in Berita
A A
Tuju Setia Dapat Kontrak Bernilai RM257 Juta Untuk Pembangunan Perumahan Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Tuju Setia Bhd, Pembinaan Tuju Setia Sdn Bhd (PTS) telah mendapat kontrak bernilai RM257 juta untuk projek pembangunan perumahan tinggi, Jernih Residence di Kajang, Selangor daripada Daksina Harta Sdn Bhd.

Syarikat perkhidmatan pembinaan itu dalam satu kenyataan berkata PTS akan membina dua blok pangsapuri servis 1,605 unit, tempat letak kereta dan premis runcit serta kemudahan lain.

“Kontrak berkenaan akan meningkatkan nilai perolehan kontrak semasa syarikat itu kepada RM1.5 bilion,” katanya.

Daksina Harta ialah syarikat usaha sama antara Sunway Bhd (60 peratus) dan MKH Bhd (40 peratus), kedua-duanya merupakan pemaju yang mantap dan mempunyai reputasi baik.

Projek Jernih Residence adalah kontrak kedua Tuju Setia daripada Sunway Group.

Pada Disember tahun 2021, PTS telah dilantik sebagai kontraktor utama untuk Sunway d’hill Residences di Kota Damansara yang dibangunkan oleh Sunway PKNS Sdn Bhd, sebuah syarikat usaha sama antara Sunway City Sdn Bhd dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Sementara itu, Pengarah Urusan Tuju Setia Wee Eng Kong berkata kumpulan itu berusaha untuk mengekalkan reputasi tersebut sebagai pemaju pilihan.

“Malah, dua projek kami yang telah disiapkan dalam tempoh 12 bulan lalu telah diperakui dengan mendapat markah pembinaan berkualiti tinggi melebihi 80 peratus di bawah Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan (QLASSIC) dan BuildQAS (sistem penilaian pihak ketiga). Pengiktirafan ini membantu kami menyerlahkan nama syarikat dalam tender kami yang akan datang,” katanya.

— BERNAMA

Share228ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In