• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Jualan Kenderaan Kumpulan UMW Meningkat 4% Pada Bulan Mei 2022 Berbanding Tahun Sebelumnya, Dengan Pendaftaran Jualan Sebanyak 26,480 Unit

in Berita
A A
Jualan Kenderaan Kumpulan UMW Meningkat 4% Pada Bulan Mei 2022 Berbanding Tahun Sebelumnya, Dengan Pendaftaran Jualan Sebanyak 26,480 Unit
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) — Jualan automotif Kumpulan UMW meningkat pada bulan Mei 2022 berikutan catatan jualan yang baik daripada kedua-dua UMW Toyota Motor (“UMWT”) dan syarikat bersekutu UMW, Perodua. Kumpulan telah mendaftarkan jualan sebanyak 26,480 unit pada bulan Mei tahun 2022 berbanding 25,568 unit yang didaftarkan pada bulan Mei tahun 2021 walaupun tempoh hari bekerja lebih singkat oleh kerana cuti Hari Raya, namun ia tetap terus memenuhi buku pesanan tertunggak yang menggalakkan. Kumpulan mencatatkan jualan sebanyak 143,151 unit bagi lima bulan pertama tahun 2022, peningkatan sebanyak 10% berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

UMWT mencatatkan jualan sebanyak 7,579 unit pada bulan Mei tahun 2022, konsisten dengan jualan yang didaftarkan sebanyak 7,595 unit yang pada bulan Mei tahun 2021. Toyota Vios, Yaris, Corolla Cross dan Hilux adalah antara model terlarisnya pada bulan Mei tahun 2022. Bagi lima bulan pertama tahun 2022, UMWT mencatatkan jualan sebanyak 36,972 unit, 9% lebih tinggi berbanding 34,026 unit yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun 2021. UMWT mensasarkan jumlah jualan kenderaan sebanyak 73,000 unit pada tahun 2022 dan bagi lima bulan yang pertama, telah mencapai 51% daripada sasaran jualannya bagi tahun itu. Bagi mengukuhkan lagi buku pesanannya, UMWT menawarkan promosi istimewa bagi pembelian Vios dan Yaris sebagai sebahagian daripada kempen jualan pertengahan tahun.

Sementara itu, Perodua mencatatkan jualan sebanyak 18,901 unit pada bulan Mei tahun 2022, 5% lebih tinggi daripada 17,973 unit yang didaftarkan pada bulan Mei tahun 2021. Bagi lima bulan pertama tahun 2022, Perodua mencatatkan jualan sebanyak 106,179 unit, 10% lebih tinggi daripada 96,281 unit yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun 2021. Terkini, Perodua telah mencapai 43% daripada sasaran jualannya sebanyak 247,800 unit pada tahun 2022.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Kami berbesar hati dengan jualan yang menggalakkan yang didaftarkan oleh UMWT dan Perodua pada bulan Mei tahun 2022. Kedua-dua syarikat akan terus meningkatkan pengeluaran kenderaan demi pelanggan kami. Tambahan pula, pengenalan model serba baharu dan kemaskini dijangka dapat memacu kadar jualan kenderaan pada tempoh separuh kedua tahun ini. Kami akan berusaha untuk menawarkan model yang menarik dan hebat serta perkhidmatan selepas jualan yang terbaik bagi memenuhi keperluan dan jangkaan pelanggan kami. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami atas sokongan berterusan mereka terhadap produk dan perkhidmatan kami. Kami juga berharap pengecualian cukai jualan dilanjutkan oleh kerajaan memandangkan pesanan tertunggak yang tidak dapat dihantar menjelang Jun 2022 agak tinggi disebabkan oleh gangguan daripada wabak Covid-19 serta kekurangan cip semikonduktor.”

Share222ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In