• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Sapura Energy Peroleh Kontrak RM2.7 Bilion Di Rantau Asia-Pasifik, Atlantik

in Berita, Catalyst
A A
Sapura Energy Peroleh Kontrak RM2.7 Bilion Di Rantau Asia-Pasifik, Atlantik
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) — Segmen perniagaan penggerudian serta kejuruteraan dan pembinaan Sapura Energy Bhd, melalui anak-anak syarikat milik penuh dan usaha samanya, memperoleh enam kontrak utama di rantau Asia-Pasifik dan Atlantik, dengan nilai keseluruhan berjumlah RM2.7 bilion.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Sapura Energy menjelaskan RM176 juta daripada nilai itu disumbangkan oleh syarikat usaha samanya.

Ia menambah, segmen perniagaan penggerudiannya terus memperoleh kontrak baharu dalam situasi pasaran semasa dan segmen itu dijangka meningkatkan kadar penggunaan asetnya daripada lapan pelantar yang kini beroperasi kepada 11 pelantar menjelang akhir tahun kewangan 2023.

“Sapura Drilling Asia Ltd menunjukkan kemampuannya untuk melaksanakan janji di Thailand apabila ia diberikan tiga kontrak jangka panjang baharu bagi pelantar penggerudian bantuan tender (TAD) luar pesisir iaitu Sapura T-10, Sapura T-11 dan Sapura T-12 oleh PTTEP Energy Development Company Ltd,” tambahnya.

Menurut Sapura Energy, kontrak baharu daripada PTTEP ini akan bermula pada suku ketiga tahun kalendar 2022.

“Sapura Drilling juga memperoleh kontrak bagi kempen penggerudian baharu luar pesisir Malaysia,” tambahnya.

Bagi segmen perniagaan kejuruteraan dan pembinaan, Sapura Energy menjelaskan, pihaknya telah memperkukuh kehadiran di rantau Atlantik dengan kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pemasangan (EPCI) umbilikal, penaik dan jalur aliran (SURF) bawah laut.

Kontrak itu diberikan oleh Enauta Energia SA kepada Sapura Energy Do Brasil (SEDB) dan rakan kongsi konsortiumnya, Sapura Navegacao Marítima SA (SNM), jelasnya.

Pemberian kontrak EPCI SURF itu bagi pembangunan medan penuh Atlanta di Lembangan Santos yang terletak di luar pesisir Brazil, menurutnya.

Ia menambah, skop kontrak termasuk kerja pembekalan kapal sokongan pemasangan paip, pemasangan pancarongga bawah laut baharu, pam bawah laut, fleksibel, pelompat dan umbilikal untuk tiga telaga baharu dan menamatkan sistem pengeluaran awal sedia ada.

“Kontrak itu telah bermula pada suku pertama 2022 untuk tempoh 33 bulan dan dijangka merealisasikan minyak pertama pada 2024,” jelas Sapura Energy.

Selain itu, ia memaklumkan, segmen kejuruteraan dan pembinaan kumpulan turut diberikan kontrak pengangkutan dan pemasangan oleh Hess Exploration And Production Malaysia BV, melalui anak syarikatnya, Sapura Offshore Sdn Bhd.

“Skop kontrak kerja itu termasuk pengangkutan dan pemasangan saluran paip sepanjang 51 kilometer, tiga platform kepala telaga, dua saluran paip fleksibel dan kemudahan bawah laut dalam pembangunan Lembangan Melayu Utara,” tambahnya.

Sapura Energy menjelaskan, kontrak selama lapan bulan tidak termasuk tempoh jaminan itu telah bermula pada suku kedua 2022.

— BERNAMA

Share464ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In