• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Jovian: Pengumuman Caely Kepada Bursa Malaysia Mengenai Pelantikan EVC Adalah Tidak Benar

in Berita
A A
Jovian: Pengumuman Caely Kepada Bursa Malaysia Mengenai Pelantikan EVC Adalah Tidak Benar
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) — Pereka fesyen terkenal Datuk Jovian Mandagie berkata pembuat pakaian dalam Caely Holdings Bhd telah membuat pengumuman yang tidak benar kepada Bursa Malaysia pada 14 Jun, 2022 berhubung dakwaan pelantikannya sebagai Naib Pengerusi Eksekutif (EVC) syarikat itu.

Dalam kenyataan hari ini, Jovian berkata, beliau tidak melaksanakan sebarang bentuk dan/atau persetujuan yang menunjukkan penerimaan beliau berhubung pelantikan tersebut.

“Saya telah menghadiri mesyuarat dengan wakil Caely Holdings, Datuk Loh Ming Choon pada 13 Jun, 2022 bagi membincangkan mengenai potensi kerjasama dengan syarikat tersebut.

“Wakil tersebut turut menawarkan jawatan dalam lembaga pengarah Caely Holdings sebagai EVC syarikat, bertujuan menyusun semula dan/atau mengembangkan bahagian pakaian syarikat, yang mana, tiada persetujuan lisan yang muktamad telah dicapai,” katanya.

Jovian berkata pengumuman Caely Holdings mengenai pelantikannya adalah tidak benar dan mengelirukan orang ramai.

“Pengumuman tidak benar yang dibuat Caely Holdings selaku syarikat senaraian awam berhubung pelantikan saya sebagai EVC, telah mencemarkan reputasi korporat, perniagaan dan peribadi saya.

“Saya memandang serius berhubung perkara ini dan saya akan mendapatkan nasihat guaman mengenai perkara ini untuk melaksanakan apa sahaja yang diperlukan bagi melaporkan salah laku tersebut kepada pihak berkuasa yang berkaitan,” katanya.

— BERNAMA

Share266ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In