• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

EWI Catat Kerugian Bersih RM67.35 Juta Pada Suku Kedua

in Berita
A A
EWI Catat Kerugian Bersih RM67.35 Juta Pada Suku Kedua
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) — EcoWorld International Bhd (EWI) mencatat kerugian bersih RM67.35 juta bagi suku kedua berakhir 30 April, 2022 daripada keuntungan bersih RM11.30 juta direkodkan pada suku yang sama tahun lepas.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, pemaju hartanah itu berkata prestasi negatif itu kebanyakannya disebabkan sumbangan keuntungan yang lebih rendah daripada projek di Australia sejajar dengan hasil yang lebih rendah, bahagian kerugian dalam usaha sama (JV) serta kemerosotan nilai pelaburan bernilai RM36.16 juta dalam syarikat JV syarikat itu, EcoWorld (EW)-Ballymore di London, United Kingdom.

Perolehan EWI susut kepada RM33.08 juta daripada RM107.56 juta sebelumnya disebabkan bilangan unit yang dijual yang rendah diserahkan kepada pelanggan kerana majoriti unit telah diserahkan pada tahun kewangan lalu.

Bagi enam bulan terkumpul berakhir 30 April, 2022, EWI merekodkan kerugian bersih RM82.01 juta berbanding keuntungan bersih RM67.34 juta sebelumnya manakala perolehan susut kepada RM82.32 juta daripada RM410.83 juta dalam tempoh yang sama lalu tahun.

Mengulas mengenai prestasi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Teow Leong Seng berkata syarikat itu menyaksikan peningkatan semula dalam permintaan sejak tujuh bulan lepas tetapi harga jualan tidak meningkat pada kadar yang sama.

“Sentimen pasaran terus dibebani oleh kebimbangan inflasi dan kenaikan kadar faedah, ditambah lagi dengan ketegangan geopolitik yang disebabkan oleh konflik antara Rusia dan Ukraine,” katanya dalam satu kenyataan berasingan.

Walaupun prestasi kurang memberangsangkan, EWI berkata ia berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran jualannya sebanyak RM2 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31, Oktober 2022.

“Jumlah jualan termasuk rizab pada 31 Mei, 2022 (tempoh tujuh bulan) berjumlah RM1.53 bilion, iaitu 52 peratus lebih daripada RM1.01 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun kewangan 2021,” kata kenyataan itu.

Melangkah ke hadapan, EWI berkata kumpulan itu merancang untuk pengewangan saham di UK dan Australia dan ia dijangka menjana rizab tunai yang besar.

“Sebahagian daripada dana yang dijana daripada jualan saham akan diperuntukkan untuk pelaburan semula dengan bakinya akan dihantar balik ke Malaysia untuk pengagihan terancang kepada pemegang saham dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang,” kata kenyataan itu.

Menurut kumpulan itu, EW-Ballymore pada masa ini mempunyai kira-kira 400 juta paun (1 paun:RM5.33) hartanah yang sudah siap, ia mudah untuk pengewangan bagi pengagihan seterusnya kepada kumpulan. Tahap kadar hutang bersih dan kasar kumpulan kekal rendah masing-masing pada 0.30 kali dan 0.23 kali.

–BERNAMA

Share225ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In