• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Prestasi Semalaman Wall Street Melonjak

in Berita, Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, mengikuti kerancakan prestasi semalaman Wall Street selepas Rizab Persekutuan mengumumkan kenaikan kadar faedah terbesarnya untuk membendung inflasi, kata seorang peniaga.

Pada 9.16 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 12.34 mata kepada 1,471.39 daripada penutup semalam iaitu 1,459.05.

Indeks penanda aras itu dibuka 10.05 mata lebih tinggi kepada 1,469.10.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 344 berbanding 89, manakala 214 kaunter tidak berubah, 1,632 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 268.39 juta unit bernilai RM154.83 juta.

Menurut Public Investment Bank Bhd menerusi nota penyelidikannya, saham Amerika Syarikat (AS) dan harga-harga bon kerajaan meningkat semula selepas mencatatkan penurunan lima hari berturut-turut berikutan pengumuman Fed dalam usaha untuk memerangi inflasi yang tinggi.

Bank pusat AS meningkatkan kadar faedah penanda aras sebanyak 75 mata asas kepada antara 1.50 peratus dan 1.75 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada hari Rabu.

Sementara itu, dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik lima sen kepada RM8.68, Public Bank menokok dua sen kepada RM4.50, Petronas Chemicals meningkat lapan sen kepada RM9.61, IHH Healthcare lebih tinggi sebanyak enam sen menjadi RM6.25 manakala CIMB menambah tujuh sen kepada RM5.03.

Bagi saham aktif, Jade Marvel naik satu sen kepada 91.5 sen, LGMS menokok 4.5 sen menjadi 81.5 sen, Dagang NeXchange peroleh 2.5 sen kepada 90 sen dan Unitrade untung satu sen kepada 29.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 83.21 mata kepada 10,514.97, Indeks FBM Emas Syariah mengembang 88.39 mata kepada 10,705.57 dan Indeks FBM 70 lebih tinggi sebanyak 95.97 mata kepada 12,735.32.

Dalam pada itu, FBM ACE menokok 40.10 mata kepada 4,928.77 dan Indeks FBMT 100 melonjak 83.80 mata menjadi 10,237.83.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meraih 120.29 mata kepada 16,288.36, Indeks Perladangan meningkat 39.32 mata menjadi 7,421.82 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.82 mata kepada 189.17.

— BERNAMA

Share215ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In