• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Tinggi

in Berita, Market Update
A A
Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Rendah
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi, dipacu oleh kegiatan memburu saham berharga murah yang berterusan untuk saham wajaran tinggi terpilih selain mengambil petunjuk daripada prestasi pasaran serantau yang lebih kukuh, kata seorang peniaga.

Pada rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 9.22 mata kepada 1,468.27 daripada penutupan urus niaga Rabu pada 1,459.05

Indeks utama itu memulakan dagangan pagi ini ini 10.05 mata lebih tinggi pada 1,469.10, berlegar antara 1,466.18 dan 1,476.02 di sepanjang sesi.

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 457 berbalas 335, manakala 381 kaunter tidak berubah, 1,106 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.34 bilion unit bernilai RM823.57 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd menerusi nota penyelidikan di sini, pihaknya menjangkakan terdapat kegiatan memburu saham berharga murah yang sederhana untuk tempoh terdekat.

“Namun begitu, kami masih berpendapat kekurangan pemangkin pasaran baharu dan kebimbangan terhadap tekanan inflasi yang berlarutan boleh menyebabkan persekitaran pasaran yang terus berhati-hati dari semasa ke semasa. Dan ini sudah pastinya mengehadkan sebarang peningkatan,” tambahnya.

Sementara itu, peniaga berpandangan bahawa keadaan pasaran akan menjadi lebih tenang berikutan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) menaikkan kadar faedah Amerika Syarikat sejajar dengan jangkaan pasaran.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik tujuh sen kepada RM8.70, Public Bank menokok lima sen menjadi RM4.53, Petronas Chemicals menambah 12 sen kepada RM9.65 manakala IHH Healthcare peroleh lapan sen kepada RM6.27.

Bagi saham aktif, BCM Alliance tidak berubah pada 2.5 sen, LGMS menambah 3.5 sen kepada 80.5 sen, Yong Tai meningkat setengah sen kepada sembilan sen sementara Top Glove turun tiga sen kepada 98 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 64.51 mata menjadi 10,496.27, Indeks FBM Emas Syariah menambah 53.52 mata kepada 10,670.70 sementara FBM 70 lebih tinggi sebanyak 85.03 mata kepada 12,724.38

Indeks FBMT 100 turut meningkat 65.15 mata kepada 10,219.18 dan FBM ACE untung 9.40 mata kepada 4,898.07.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 178.33 mata kepada 16,346.40, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 1.91 mata kepada 189.26 tetapi Indeks Perladangan susut 23.83 mata menjadi 7,358.67.

— BERNAMA

Share216ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In