• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Powerwell Peroleh Kontrak Kedua Daripada Tialoc Malaysia Bernilai RM94 Juta

in Berita
A A
Powerwell Peroleh Kontrak Kedua Daripada Tialoc Malaysia Bernilai RM94 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) — Unit milik penuh Powerwell Holdings Bhd, Powerwell International Sdn Bhd, memperoleh kontrak kedua daripada Tialoc Malaysia Sdn Bhd pada tahun ini bernilai RM94 juta.

Pengeluar alat suis elektrik itu berkata kontrak tersebut melibatkan pembekalan, pemasangan, pengujian dan pengoperasian panel voltan rendah (LV) untuk projek bangunan baharu sebuah syarikat multinasional terkemuka di Kulim Hi-Tech Park, Kedah.

“Kontrak tersebut akan bermula pada Jun 2022 dan dijangka siap pada Mac 2023.

“Dengan kontrak ini, nilai perolehan kontrak Powerwell berjumlah RM201 juta,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Pengarah jualan dan pemasaran serantaunya Ir Aaron Leong berkata menurut Pusat Tenaga ASEAN, permintaan elektrik di Asia Tenggara dijangka meningkat tiga kali ganda dari 2022 hingga 2050, yang mana syarikat itu melihat peluang untuk mengembangkan perniagaannya daripada permintaan terhadap penyelesaian syarikat bagi kedua-dua penjanaan tenaga konvensional dan boleh diperbaharui di rantau ini.

“Sejak permulaan projek luar negara pertamanya pada 2000, Powerwell terus mengembangkan operasinya di pasaran antarabangsa, terutamanya di rantau Asia Tenggara.

“Ketika ini, produk kami dieksport ke pelbagai negara termasuk Indonesia, Pakistan dan Bangladesh,” katanya.

Melangkah ke masa hadapan, beliau berkata, syarikat itu akan terus aktif mengambil bahagian dalam penawaran tender selain memanfaatkan rekod prestasinya yang kukuh sejak 30 tahun lepas untuk mengukuhkan kehadiran serantaunya.

Kontrak bekalan itu dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan disatu dan aset bersih Powerwell bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2023.

–BERNAMA

Share256ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In