• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Kerjaya Prospek Bekerjasama Dengan Samsung C&T Dapatkan Kontrak Pembinaan Bernilai Lebih RM300 Juta

in Berita, Catalyst, Saham
A A
Kerjaya Prospek Bekerjasama Dengan Samsung C&T Dapatkan Kontrak Pembinaan Bernilai Lebih RM300 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) — Kerjaya Prospek Group Bhd, syarikat pembinaan, pengurusan projek dan pembangunan hartanah memeterai perjanjian rangka kerja dengan Samsung C&T (KL) Sdn Bhd untuk mendapatkan pelbagai peluang perniagaan bagi kontrak pembinaan bernilai lebih RM300 juta.

Samsung C&T adalah anak syarikat milik penuh syarikat pembinaan dan kejuruteraan Korea Selatan Samsung C&T Corporation.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Kerjaya Prospek Tee Eng Tiong berkata perjanjian itu adalah bagi tempoh lima tahun dan akan diperbaharui secara automatik secara bergilir selepas tamat tempoh untuk tempoh satu tahun sehingga perjanjian itu ditamatkan oleh mana-mana pihak. 

“Perkongsian ini merupakan satu pencapaian penting bagi Kerjaya Prospek kerana ia membuktikan keupayaan kukuh kami dalam menyediakan pembangunan unik dan berkualiti tinggi yang diperakui oleh konglomerat multinasional  global seperti Samsung.

“Kami teruja dengan perkongsian ini kerana kami akan mendapat akses kepada kepakaran pembinaan Samsung, meningkatkan lagi daya saing kami bagi membolehkan kami kekal berada di hadapan dalam sektor pembinaan,” katanya pada majlis permeteraian perjanjian itu, di sini, hari ini. 

Naib Presiden Eksekutif Samsung C&T Hyuk Shin berkata kerjasama itu akan membantu memacukan lagi pertumbuhan Samsung C&T dalam pasaran pembinaan. 

“Kerjaya Prospek telah membuktikan kepakaran serta kualiti yang dimiliki mereka dalam industri pembinaan. Dengan yang terbaik daripada kedua-dua syarikat, kami percaya ia akan mewujudkan perkongsian kolaborasi dan bersinergi di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, satu kenyataan bersama oleh kedua-dua syarikat menyatakan bahawa Samsung C&T akan melanggan cadangan tawaran saham persendirian Kerjaya Prospek sebanyak kira-kira 25.2 juta saham baharu, atau anggaran 2.04 peratus daripada modal saham terbitan sedia ada Kerjaya Prospek, pada RM1.60 sesaham menerusi anak syarikat milik penuh mereka Vista Contracting & Investment Global Pte Ltd dalam usaha untuk menyelaraskan kepentingan jangka panjang.

Menerusinya, ia berkata Kerjaya Prospek akan mengumpulkan kira-kira RM40.4 juta yang akan digunakan bagi modal kerja untuk projek yang sedang dibangunkan dan perbelanjaan. 

— BERNAMA

Share332ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In