• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 18, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Aset Digital

Pengawal Selia Diminta Bangunkan Rangka Kerja Kripto Yang Jelas

in Aset Digital, Berita
A A
Pengawal Selia Diminta Bangunkan Rangka Kerja Kripto Yang Jelas
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) — Pengawal selia pasaran diminta untuk membangunkan rangka kerja mata pengawalseliaan wang kripto yang jelas untuk memudahkan penyertaan institusi.

Ketua Pegawai Eksekutif MX Global Sdn Bhd Datuk Fadzli Shah berkata peraturan dan pelesenan adalah punca masalah yang mungkin memperlahankan penggunaan mata wang kripto untuk institusi di Malaysia.

“Dalam konteks Malaysia, kripto dianggap sebagai sekuriti (kategori) dan secara semula jadi berada di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, walaubagaimanapun pasti ada unsur pengoptimuman dan itu termasuk di bawah bank pusat (Bank Negara Malaysia).

“Justeru itu di bawah bidang kuasa seperti Malaysia apabila kedua-dua pengawal selia tidak sejajar, korporat mahukan maklumat lengkap mengenainya. Oleh itu, ia akan melambatkan penerimaan institusi,” katanya semasa sesi panel bertajuk “Institutional Crypto Trading in ASEAN” pada Persidangan Invest ASEAN 2022 secara maya hari ini.

Persidangan yang dihoskan oleh Malayan Banking Bhd (Maybank) itu berlangsung dari 8 hingga 9 Jun di Kuala Lumpur, Singapura, Bangkok, Jakarta, Manila dan Bandaraya Ho Chi Minh secara hibrid.

Sementara itu, Ketua Talos Asia-Pasifik Samar Sen berkata peraturan akan memainkan peranan utama untuk kripto pada masa hadapan bagi menjadi ekosistem yang bertanggungjawab kepada pasaran.

Beliau menekankan kepentingan pematuhan pengawalseliaan dan menggesa pelabur untuk melibatkan diri dalam wang kripto dengan cara yang selamat dan terjamin.

“Pengawal selia yang berbeza akan menggubal undang-undang secara berbeza dan apa yang saya perhatikan secara keseluruhan ialah negara yang berbeza bergerak pada kadar yang berbeza, ia sangat mengecewakan.

“Oleh itu, kita memerlukan pendidikan dan peningkatan kemahiran dalam semua bidang, sama ada pematuhan orang ramai dan kepimpinan institusi kewangan yang berbeza dalam mata wang kripto. Ia adalah keseimbangan yang rumit untuk membenarkan inovasi dan membina masa depan kewangan tetapi pada masa yang sama melindungi pelabur daripada perkara yang tidak baik,” katanya.

— BERNAMA

Share256ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

10 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In