• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Harga Purata Bar Keluli Meningkat 20 Peratus Pada Mei – Jabatan Perangkaan

in Berita
A A
Harga Purata Bar Keluli Meningkat 20 Peratus Pada Mei – Jabatan Perangkaan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) — Purata harga bar keluli meningkat 20 peratus pada Mei kepada RM3,910 setiap tan metrik berbanding RM3,258 setiap tan metrik pada tempoh yang sama tahun lepas susulan peningkatan harga bahan binaan, kata Jabatan Perangkaan. 

Ketua Perangkawan Datuk Sri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata Indeks Kos Binaan (IKB) tanpa bar keluli dan termasuk bar keluli bagi semua kategori bangunan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak mencatatkan peningkatan pada Mei 2022 berbanding setahun lalu. 

Beliau berkata, indeks kos binaan juga meningkat di Semenanjung Malaysia antara 7.8 dan 15.6 peratus, Sabah (antara 4.9 dan 12.9 peratus ) dan Sarawak (antara 7.4 dan 16.5 peratus).

“Simen mencatatkan peningkatan sebanyak 12.2 peratus pada Mei 2022 dengan RM20.89/50 kilogram berbanding RM18.61/50 kilogram pada Mei 2021.

“Harga hampir semua bahan binaan lain seperti batu baur, pasir, batu bata & dinding, bahan bumbung dan bahan siling juga merekodkan peningkatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Uzir berkata indeks harga seunit bahan binaan meningkat antara 4.1 peratus hingga 19.9 peratus. 

“Indeks harga bagi seunit besi dan keratan keluli dan logam meningkat masing-masing 19.9 peratus dan 18.1 peratus pada Mei 2022 berbanding Mei 2021.

“Indeks harga bagi seunit simen juga meningkat 12.4 peratus bagi tempoh tersebut,” katanya sambil menambah dalam konteks item dan kawasan terpilih, peningkatan tertinggi bagi besi dicatatkan di Miri (35.9 peratus) diikuti Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan (29.3 peratus)

Indeks harga bagi seunit simen untuk kedua-dua Kuching dan Kota Kinabalu masing-masing meningkat 19.6 peratus dan 17.6 peratus.

Kedua-dua batu baur (21.7 peratus) dan pasir (15.1 peratus) juga mencatatkan peningkatan dua digit di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

IKB dengan bar keluli bagi semua kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak menunjukkan peningkatan bagi semua kategori bangunan

Menurut laporan World Steel Association (WSA) penggunaan keluli global dijangka meningkat kepada 1.84 bilion tan metrik pada 2022, peningkatan 0.4 peratus daripada 2021 dan pada 2023, permintaan keluli diunjur meningkat 2.2 peratus kepada 1.88 bilion tan metrik.

Ia berkata, laporan Commodity Markets Outlook oleh Bank Dunia menyebut bahawa kebanyakan harga komoditi dijangka meningkat pada 2022 dan kekal tinggi dalam jangka sederhana.

— BERNAMA

Share283ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In