• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Boustead Plantations Meterai Perjanjian Bernilai RM45 Juta Dengan China Construction Bank

in Berita, Catalyst, Saham
A A
Boustead Plantations Meterai Perjanjian Bernilai RM45 Juta Dengan China Construction Bank
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) — Boustead Plantations Bhd (BPB) telah memeterai perjanjian pembiayaan hijau bernilai RM45 juta dengan China Construction Bank (M) Bhd (CCBM) untuk memudahkan pelaksanaan penanaman semula mampan sebagai sebahagian daripada komitmennya terhadap usaha alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

BPB, salah satu syarikat minyak sawit utama Malaysia, berusaha memanfaatkan pembiayaan untuk memaksimumkan program penanaman semula lestari khususnya untuk aset perladangannya di Sabah, mulai tahun ini hingga 2024.

“Perjanjian pembiayaan hijau ini akan membolehkan BPB melengkapkan program peningkatan prestasi perladangannya yang sedang berjalan sekarang dengan mengoptimumkan potensi aset perladangannya di Sabah,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Zainal Abidin Shariff dalam satu kenyataan hari ini.

Perjanjian pembiayaan itu ditandatangani oleh pengarah BPB Ahmad Shahredzuan Mohd Shariff dan setiausaha syarikatnya Affendi Mohd Yob manakala CCBM diwakili oleh Naib Presiden Eksekutifnya Wang Shaoqiang.

Zainal Abidin dan Ketua pegawai Eksekutif CCBM Wang QiJie menyaksikan majlis pemeteraian perjanjian tersebut.

Menurut kenyataan itu, nisbah hutang kepada ekuiti BPB telah bertambah baik dalam beberapa tahun lepas berikutan prestasi kewangannya yang kukuh dengan tahap kadar hutang pada 0.28 kali pada 31 Mac, 2022 daripada 0.37 kali pada 31 Disember, 2021.

BPB berkata semua kawasan tanahnya berada di bawah pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia, manakala enam kilang sawitnya yang diperakui di bawah pensijilan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari telah ditauliahkan dengan Sistem Pensijilan Rantaian Bekalan.

Tiada aktiviti pembakaran dilakukan dan biojisim sawit BPB dikitar semula.

CCBM ialah anak syarikat China Construction Bank Corporation, sebuah bank komersial yang beribu pejabat di Beijing, ia beroperasi di 31 negara.

— BERNAMA

Share327ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In