• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, May 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

TDM Plantation Teroka Pembangunan Baharu Tanaman Kontan

in Berita
A A
TDM Plantation Teroka Pembangunan Baharu Tanaman Kontan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA TERENGGANU, 1 Jun (Bernama) — TDM Bhd (TDM), menerusi Bahagian Perladangan syarikat, TDM Plantation Sdn Bhd (TDMP) meneroka pembangunan baharu tanaman kontan iaitu penanaman cili secara siap guna di Ladang Tayor dekat sini.

TDM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan projek dengan kerjasama Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat itu bersesuaian dengan perancangan kerajaan negeri untuk memperhebatkan sektor pertanian dan industri makanan tempatan, di samping memanfaatkan kawasan yang tiada penanaman kelapa sawit secara produktif.

Menurut kenyataan itu PPK Kuala Langat akan membantu TDMP menguruskan projek penanaman cili itu di tanah seluas lebih dua hektar di Ladang Tayor dan memberikan khidmat nasihat operasi serta teknikal sepanjang tempoh projek selama dua tahun.

Pengarah Eksekutif TDM Najman Kamaruddin berkata projek itu dijalankan bagi mengoptimumkan penggunaan kawasan berpotensi dan menyasarkan projek itu akan diperluas sehingga lebih 80 hektar (200 ekar) menjelang 2025.

Katanya projek itu juga merupakan usaha berterusan syarikat dalam mempelbagaikan aliran pendapatan menggunakan aset sedia ada, di samping membolehkan syarikat untuk berkembang menerusi tempoh yang mencabar.

“Walaupun pandemik COVID-19 secara tidak langsung menjejaskan sektor pertanian negara, kami menjangkakan pemulihan permintaan yang progresif memandangkan kini perniagaan kembali beroperasi seperti biasa. 

“Kami ingin mengambil peluang ini dengan memanfaatkan kepakaran PPK Kuala Langat dalam perniagaan pertanian, khususnya penanaman cili, memaksimumkan hasil mengikut keluasan tanah sambil turut menyumbang kepada jaminan dan bekalan makanan negara,” katanya.

Syarikat itu juga katanya sedang mencari rakan industri berpengalaman untuk mewujudkan lebih banyak kerjasama strategik bagi mengembangkan projek tanaman cili dan memanfaatkan kawasan berpotensi lain yang telah dikenal pasti.

Sementara itu, Pengerusi PPK Kuala Langat Abdul Razak Kasbollah berkata pihaknya telah menyemai 20,000 polibeg cili yang ditanam dengan teknik pertanian pintar Internet Pelbagai Benda (IoT).

“Sistem pertanian pintar syarikat kami direka untuk memantau kawasan tanaman dengan bantuan penderia dan sistem fertigasi automatik. 

“Teknik pertanian pintar IoT ini menjanjikan hasil berkualiti premium dan meningkatkan hasil pengeluaran serta pada yang sama mengurangkan kos operasi,” katanya. 

— BERNAMA

Share285ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

11 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In