• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Sekurang-kurangnya RM24.7 Juta Lesap Akibat Penipuan Firma Klon – SC

in Berita, Hebahan
A A
Sekurang-kurangnya RM24.7 Juta Lesap Akibat Penipuan Firma Klon – SC
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) — Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya RM24.7 juta berkemungkinan ‘lesap’ ke tangan dalang atau perancang utama penipuan firma klon.

Penemuan itu berdasarkan hasil siasatan SC ke atas 10 penipuan terbabit dan berdasarkan semakan yang melibatkan sejumlah 154 penyata bank.

Dalam kenyataan hari ini, SC berkata modus operandi penipuan firma klon itu adalah dengan menyasarkan mangsa/pelabur yang sanggup menyerahkan sejumlah kecil wang dan mengharapkan pulangan lumayan dalam tempoh singkat.

Penipuan firma klon itu lazimnya adalah syarikat yang menyamar sebagai sebuah entiti sah atau berlesen, termasuk mengumpan mangsa dengan menyalahgunakan nama serta logo syarikat senaraian awam (PLC), butiran kelayakan korporat dan laman sesawang untuk memperdaya pelabur dan mencuri dana.

“Oleh kerana sebahagian besar daripada mangsa hanya kehilangan sebahagian kecil wang, ramai yang sebaliknya enggan tampil untuk bekerjasama dengan SC,” katanya.

Taktik yang sering digunakan termasuk memaparkan iklan-iklan di media sosial bagi memperdaya pelabur dengan pakej pelaburan yang kononnya dapat menjamin pulangan tinggi dan seolah-oleh diuruskan oleh perantara atau orang tengah berlesen.

Menurut SC, selain daripada itu, sebahagian besar ejen turut digunakan bagi menarik mangsa, berkongsi pelaburan menerusi aplikasi sembang Whatsapp sebaik mangsa menekan pautan yang diberikan.

“Mereka kemudiannya meminta mangsa memasukkan wang bagi skim pelaburan itu ke dalam akaun bank yang dikendalikan oleh pemegang akaun keldai bagi tujuan pengubahan dan menyeleweng hasil atau wang haram yang diterima.

“Dalam siasatan ini, sekurang-kurangnya 32 pemegang akaun keldai telah dikenalpasti membantu dalang penipuan itu,” katanya.

SC berkata, pengendali terbabit juga berupaya meraih sejumlah besar wang haram berdasarkan jumlah mangsa yang ramai.

Malah, dalam satu kes penipuan itu, sekurang-kurangnya RM3.6 juta telah disalurkan ke dalam satu akaun bank keldai dalam tempoh enam bulan.

Daripada sebanyak 24 mangsa yang dikenalpasti, 15 orang enggan bekerjasama dengan SC selaku pengawal selia.

“SC sedang dalam proses meneliti bukti yang ada serta mempertimbangkan pilihan penguatkuasaan yang bersesuaian,” katanya.

Sehubungan itu, suruhanjaya terbabit mengingatkan para pelabur untuk lebih berwaspada serta meneliti sebarang peluang pelaburan seperti menyemak kesahihan mana-mana individu atau entiti yang menawarkan pelaburan skim yang dihebahkan menerusi media sosial dan Whatsapp.

Para pelabur juga dinasihati agar tidak memasukkan wang ke dalam akaun peribadi individu apabila diminta berbuat demikian.

Mereka juga digesa merujuk Senarai Makluman Pelabur SC bagi mendapatkan maklumat mengenai laman sesawang tidak sah, produk dan syarikat pelaburan serta individu, kata suruhanjaya itu.

“Pelabur juga boleh menghubungi Pejabat Pengguna dan Pelabur SC di talian 03-6204 8999 atau e-mel [email protected] bagi melaporkan sebarang penipuan yang meragukan,” katanya.

 — BERNAMA

Share226ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

12 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In