• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Teruskan Penurunan Sehingga Tengah Hari

in Berita, Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan penurunan sehingga tengah hari pada Rabu berikutan pengambilan untung berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, didahului saham perkhidmatan kewangan dan penjagaan kesihatan, kata peniaga.

Pada rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 10.56 mata kepada 1,559.54 daripada 1,570.10 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks itu dibuka 6.70 mata lebih rendah kepada 1,563.40 sebelum bergerak di antara 1,555.46 dengan 1,563.89 sepanjang sesi dagangan pagi.\

Bagaimanapun, di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 422 berbanding 420, manakala 381 kaunter tidak berubah, 1,020 kaunter tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.49 bilion unit bernilai RM1.32 bilion.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, sentimen global mungkin kekal suram kerana ketegangan Ukraine-Rusia masih berterusan manakala harga minyak mentah yang tinggi mungkin terus mendorong inflasi melambung tinggi.

“Faktor-faktor ini dijangkakan mengehadkan potensi peningkatan bagi pemulihan kelegaan baru-baru,” jelasnya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut 16 sen kepada RM8.94, Public Bank turun 11 sen kepada RM4.62, Petronas Chemicals merosot 24 sen kepada RM10.02, IHH Healthcare kurang 15 sen kepada RM6.55, manakala CIMB naik 6.0 sen kepada RM5 .21.

Bagi saham aktif, Sapura Energy susut 1.0 sen kepada 7.5 sen, G3 Global turun setengah sen kepada 5.0 sen, Yong Tai menguncup 1.0 sen kepada 9.5 sen, manakala Genting melonjak 55 sen kepada RM5.30 dan Serba Dinamik naik 1.0 sen kepada 11 sen.

Di papan indeks, FBM ACE susut 27.46 mata kepada 5,158.18; Indeks FBM Emas Syariah kurang 58.28 mata kepada 11,451.35, Indeks FBM Emas turun 47.29 mata kepada 11,104.61, Indeks FBMT 100 menguncup 52.49 mata kepada 10,806.02 dan FBM 70 menambah 19.96 mata kepada 13,259.08.

Mengikut sektor, Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian turun 2.62 mata kepada 200.59, Indeks Perladangan menambah 19.55 mata kepada 7,983.53 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 138.68 mata kepada 16,772.02.

— BERNAMA

Share224ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In