• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, May 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Betul Ke Beli Waran Lagi Untung Daripada Beli Saham?

in Saham
A A
Betul Ke Beli Waran Lagi Untung Daripada Beli Saham?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

“Kalau mother share dia mahal, kita beli je waran dia. Murah boleh beli banyak”

Saham dan waran, dua instrumen pelaburan yang berbeza yang boleh dibeli jual pada platform yang sama. Cara pelaburan kedua-dua instrumen ini nampak sama tetapi ada beberapa perkara penting yang pelabur perlu tahu sebelum memilih melabur dalam waran.

Apa Itu Waran?

Menurut penerangan daripada laman sesawang Bursa Malaysia, waran syarikat ini adalah hak (bukan obligasi) yang diberikan kepada pemegang waran tersebut untuk melanggan saham biasa pada harga tertentu dalam tempoh masa tertentu.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Waran mempunyai tarikh matang, biasanya sehingga 10 tahun. Selepas tarikh matangnya tamat, waran tersebut tidak akan mempunyai nilai lagi melainkan pemegang waran tersebut melanggan saham baru sebelum tarikh matang yang ditetapkan. 

Betul Ke Beli Waran Lagi Untung Daripada Beli Saham?

Untuk menentukan betul atau salah kenyataan “waran lagi untung daripada saham” ini, apa kata jika kita buat sedikit contoh kajian antara beli saham dan waran.

Kita tetapkan modal pelaburan yang sama iaitu sebanyak RM3,000 untuk digunakan membeli saham dan waran. 

Contoh seperti Saham A ini, ada signal belian pada 7 September selepas breakout garisan resistance terdekatnya. Harganya ketika itu adalah sekitar RM3.52 seunit.

Dengan modal RM3,000, pelabur boleh membeli sekitar 8 lot atau 800 unit saham ini dengan kos kasar sekitar RM2,816 (tidak campur kos-kos lain). 

Jika saham A ini dijual pada 24 September seperti gambar di atas selepas kemunculan candlestick merah di puncak pada harga sekitar RM3.88 seunit. Pelabur memperoleh sekitar RM3,104.

Jadi keuntungan kasar adalah sekitar 10.22% atau sekitar RM288 tidak termasuk kos-kos yang lain. 

Sekarang mari kita lihat pelaburan jika melabur dalam waran syarikat A ini pula. 

Dengan modal yang sama sebanyak RM3,000, waran saham A ini sudah memberikan signal belian awal sehari selepas membuat breakout pada 6 September. Harganya ketika itu adalah sekitar RM0.405 seunit. 

Jika beli waran ini pada harga RM0.405 seunit, pelabur boleh membeli sekitar 73 lot atau sebanyak 7,300 unit waran ini dengan kos kasar sekitar RM2,957. 

Selepas itu, jika pelabur menjual pada 24 September pada harga RM0.64 seunit, pelabur akan peroleh jumlah kasar sekitar RM4,672.

Pelabur meraih keuntungan kasar sekitar 58% atau RM1,715 daripada pelaburan yang mengambil tempoh masa yang hampir sama. 

Wah, hampir 5 kali ganda daripada membeli mother share tadi? Jadi betul lah beli waran lagi untung daripada beli saham? 

Itu baru bab keuntungan, belum masuk bab kerugian lagi. Jangan seronok lihat untung tapi lupa bab rugi pula ya. 

Nak melabur waran sebab nak untung besar tidak salah, tapi pastikan pelaburan anda berbekalkan ilmu yang mantap. 

Dah beli kalau tak menjadi, berbaloi atau tidak nak tukar waran jadi saham induk?

Nak belajar lebih mengenai waran? 

Dapatkan Panduan Lengkap Melabur Waran

Murahnya waran sehingga kita boleh beli banyak unit berbanding beli seunit saham. Tapi macam mana nak buat duit dengan waran?

Semuanya kami akan kongsikan dalam pakej Combo: Webinar + Video + Ebook ‘Waran 101’ khas untuk anda yang nak dalami teknik melabur waran.

SAYA BERMINAT!
Share307ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In