• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, October 31, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

SFP Tech Rancang Kumpul Hasil RM62.23 Juta Daripada IPO

in Berita, Saham
A A
SFP Tech Rancang Kumpul Hasil RM62.23 Juta Daripada IPO
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) — SFP Tech Holdings Bhd, penyedia penyelesaian kejuruteraan dan automasi bersepadu sehenti, merancang untuk mengumpulkan hasil sebanyak RM62.23 juta daripada tawaran awam permulaannya (IPO). 

Syarikat itu bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 20 Jun.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Chang Chee Jia berkata daripada hasil itu, RM24.5 juta akan digunakan untuk membeli mesin dan peralatan baharu, RM15 juta bagi pembinaan kilang ketiganya dan RM10 juta bagi pembayaran balik pinjaman bank. 

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

“Kilang pembuatan 3 di Pulau Pinang, terdiri daripada kilang setinggi tiga tingkat dan rumah gudang dengan bangunan pejabat tiga tingkat, akan digunakan bagi aktiviti pemesinan kawalan berangka komputer (CNC) serta pusat reka bentuk dan pembangunan (D&D).

“Pembinaan kilang itu dijangka selesai pada akhir suku kedua 2022 dan beroperasi penuh menjelang suku keempat 2022,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran prospektus syarikat itu di sini, hari ini.

Chang berkata syarikat itu juga akan membeli mesin pemotong dan penebuk laser baharu serta 41 mesin pengilangan baharu CNC bagi tempoh tiga tahun akan datang, yang akan meningkatkan pengeluaran pembuatan maksimum sebanyak 35.9 peratus kepada 498,465 jam setahun daripada 366,795 ketika ini.

Menurutnya, baki hasil itu akan digunakan bagi perbelanjaan modal kerja (RM5.13 juta), pusat reka bentuk dan pembangunan (RM4.6 juta) dan perbelanjaan penyenaraian (RM3 juta). 

“Kumpulan terus melabur dalam mesin dan peralatan canggih untuk mengembangkan rangkaian produk dan perkhidmatannya dengan menambah produk lebih kompleks dan produk lebih besar dengan ketepatan tinggi serta dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan daripada pelbagai industri. 

“Pada 29 April, 2022, nilai perolehan kontrak kami adalah sebanyak RM20.2 juta, sebahagian besarnya disumbang daripada syarikat multinasional,” katanya. 

IPO itu melibatkan terbitan awam sebanyak 207.44 juta saham baharu — 40 juta bagi orang awam Malaysia; 24 juta bagi pengarah yang layak, kakitangan dan sekutu perniagaan; 100 juta bagi pelabur Bumiputera dan 43.4 juta bagi pelabur terpilih. 

Berdasarkan kepada harga terbitan 30 sen sesaham dan modal saham diperbesar sebanyak 800 juta saham, kumpulan itu akan mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM240 juta bagi penyenaraian.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2021, kumpulan itu merekodkan hasil sebanyak RM50.41 juta dan cukai selepas cukai RM19.42 juta.

— BERNAMA 


Jika kita telah ada kesedaran untuk melabur saham maka bersyukurlah, sebab masih ramai yang belum tahu.

Pelaburan paling besar adalah pada diri sendiri.

Mulakan sekarang.

Segala persoalan anda tentang saham akan terjawab


Padat dengan benda penting. Sesuai untuk :

1. “Zero” dan Newbies dalam saham
2. Yang mencari buku rujukan asas saham
3. Ulangkaji terma-terma ‘jargon’ dalam dunia saham
4. Dijadikan rujukan sebelum dan selepas pergi seminar
5. Anak-anak bersekolah menengah / Kolej / Universiti

Buku ini berwarna, penuh grafik dan contoh-contoh yang mudah untuk difahami.

Cuma…Buku ini tak banyak. Dapatkan sebelum terlambat.

Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa ->

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Tags: IPO
Share408ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In