• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Keuntungan Supermax Terjejas Akibat WRO, Harga Jualan Yang Lebih Rendah

in Berita, Catalyst, Saham
A A
Keuntungan Supermax Terjejas Akibat WRO, Harga Jualan Yang Lebih Rendah
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) — Keuntungan bersih Supermax Corporation Bhd menjunam kepada RM13.01 juta dalam suku ketiga berakhir 31 Mac 2022 berbanding RM1.01 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya selepas jualan terus terjejas oleh Perintah Pelepasan Tahan (WRO) yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) selain penurunan dalam harga jualan serta permintaan.

Pembuat sarung tangan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata pendapatan kumpulan jatuh sebanyak 79 peratus atau RM1.53 bilion kepada RM407.80 juta dari suku tahun sebelumnya.

“Dalam tempoh ini, keuntungan daripada segi mutlak dan margin menyusut dengan ketara disebabkan oleh gabungan beberapa faktor,” kata syarikat itu.

Faktor-faktor ini merangkumi WRO yang dikenakan oleh pihak Kastam dan Perlindungan Sempadan AS pada Oktober 2021 dan tindakan kerajaan Kanada yang menggantung pesanan serta penghantaran daripada Supermax.

Di samping itu, purata harga jualan (ASP) dan permintaan terus mencerminkan penurunan berbanding harga kemuncak yang dinikmati pada tahun lepas ketika dunia sedang dilanda kebimbangan terhadap pandemik CONVID-19.

“ASP terus meleset di tengah-tengah persaingan yang semakin hangat, sedangkan bekalan sarung tangan secara keseluruhan pula mendadak naik sejajar dengan peningkatan kapasiti pengeluaran oleh pemain sarung tangan yang sedia ada dan baharu,” katanya.

Bagaimanapun, peralihan struktur yang dicetuskan oleh pandemik akan melihat permintaan kekal pada tahap yang lebih tinggi berbanding dengan tempoh prapandemik dan akan meneruskan trend ke atas dalam jangka masa yang lebih panjang apabila tempoh penyatuan berakhir.

Syarikat itu ketika mengulas mengenai logistik berkata bukan sahaja kos sedang bertambah tetapi usaha bagi mendapatkan kontena pengiriman kapal untuk pengeksportan sarung tangan turut menghadapi kesukaran.

Bagi tempoh kewangan sembilan bulan kumulatif, keuntungan bersih menyusut kepada RM699.37 juta berbanding RM2.85 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya, manakala pendapatan menurun kepada RM2.39 bilion daripada RM5.29 bilion.

Pengembangan di Malaysia dan ke AS

Mengenai pengembangan kapasiti, Supermax berkata ia sedang membina lima kilang pembuatan sarung tangan secara serentak dan ianya dijadualkan siap secara progresif.

“Kilang-kilang ini akan menambah 22.25 bilion kapasiti baharu, menjadikan jumlah kapasiti kumpulan kepada 48.42 bilion sarung tangan apabila fasiliti ini beroperasi sepenuhnya,” katanya, sambil menambah bahawa kumpulan itu akan melabur RM1.39 bilion dalam perbelanjaan modal bagi kemudahan terbaharu ini.

Bermula dari bulan ini, kumpulan itu juga telah memulakan pembangunan semula kilang-kilang lamanya memandangkan fasiliti yang sedang dibina akan beroperasi secara berfasa. Kemajuan pentauliahan fasiliti baharu ini akan bergantung kepada ketersediaan pekerja dan keadaan pasaran, katanya.

Untuk menangani isu gangguan rantaian bekalan, Supermax akan mengembangkan perniagaan ke AS.

“Pada 16 Mei 2022, pelbagai permit bagi memulakan kerja-kerja pembersihan tapak, kerja bumi dan kerja di bawah tanah telah diperolehi. Pada 18 Mei lepas, kami secara rasmi telah memulakan kerja pecah tanah kilang kami di AS,” katanya.

— BERNAMA

Share238ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In