• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Keuntungan Bersih Suku Pertama Petronas Dagangan Susut Kepada RM118.49 Juta

in Berita, Saham
A A
Untung Bersih Petronas Dagangan Pada Suku Ketiga Merosot Kepada RM212.66 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) — Keuntungan bersih Petronas Dagangan Bhd (PetDag) bagi suku pertama berakhir pada 31 Mac, 2022, turun kepada RM118.49 juta daripada RM191.11 juta tahun lepas.

Hasil bagi suku tersebut meningkat kepada RM7.62 bilion daripada RM5.14 bilion sebelumnya susulan kuantiti jualan tinggi sebanyak 20 peratus dan purata harga jualan yang naik sebanyak 24 peratus.

Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata ia optimis dapat mengekalkan pemulihan pertumbuhannya dengan faktor ekonomi memberangsangkan namun masih berhati-hati dengan turun naik harga minyak mentah yang boleh memberi impak kepada prestasi kewangan dan mudah tunainya.  

“Kami akan terus memantau, mengambil langkah mitigasi yang sesuai dan menumpukan kepada strategi bersiap siaga selain mengukuhkan lebih banyak usaha kerjasama ke arah agenda kemampanan untuk membawakan tokokan nilai kepada pelanggan kami,” katanya. 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Azrul Osman Rani berkata PetDag bermula dengan baik tahun ini menerusi peningkatan permintaan produk bagi suku pertama.  

“Dengan negara kini kembali normal, kami akan memanfaatkan faktor ekonomi yang memberangsangkan untuk mengukuhkan perniagaan teras kami dan menyampaikan agenda pertumbuhan kami,” katanya dalam satu kenyataan berasingan. 

Pada suku pertama Tahun Kewangan 2022, perniagaan runcit dan gas petroleum cecairnya (LPG) mencatatkan pertumbuhan kuantiti yang didorong oleh kelonggaran sekatan dan situasi pelancongan domestik yang bertambah baik. 

Bahagian perniagaan komersialnya merekodkan kuantiti jualan tinggi susulan peningkatan permintaan daripada sektor pembuatan dan penerbangan susulan pembukaan semula operasi perniagaan dan pertambahan penerbangan antarabangsa dan domestik. 

Mengenai prospek perniagaannya, penarikan semula jam operasi premis perniagaan dijangka memberi impak positif ke atas permintaan produk bahan api dan bukan bahan api.

“Kami akan terus menyediakan pengalaman yang lancar dan boleh dipercayai kepada pelanggan kami di stesen, memanfaatkan platform digital kami, untuk terus mengukuhkan saluran LPG, mengembangkan cawangan pengedaran LPG, menambah cawangan Petronas AutoExpert  2022, dan mempercepat pertumbuhan menerusi platform e-dagang bagi perniagaan pelincir,” katanya. 

— BERNAMA

Share297ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In