• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Keuntungan Bersih Suku Pertama 2022 Genting Plantation Melonjak Kepada RM116.64 Juta

in Berita, Saham
A A
Keuntungan Bersih Suku Pertama 2022 Genting Plantation Melonjak Kepada RM116.64 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) — Keuntungan bersih Genting Plantation Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2022, melonjak kepada RM116.64 juta daripada RM63.73 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Bagaimanapun, hasil susut kepada RM530.43 juta daripada RM536.58 juta sebelumnya berikutan kuantiti jualan rendah bagi segmen pembuatan hilirannya, sebahagiannya diimbangi oleh segmen perladangan yang merekodkan hasil lebih tinggi di atas sokongan harga produk sawit yang kukuh. 

Kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata pengeluaran tandan buah segar (FFB) pada suku pertama 2022 rendah sedikit tahun ke tahun apabila hujan lebat semasa suku tersebut menjejaskan operasi ladang di Indonesia, diimbangi oleh pemulihan kukuh di ladang di Malaysia berbanding pengeluaran rendah akibat kemarau tahun lepas.

“Kumpulan mencapai harga minyak sawit mentah dan isirung sawit masing-masing pada RM4,797 setan metrik dan RM4,114 setan metrik,” katanya.

Pada masa depan, kumpulan itu berkata prospek bagi tahun ini sejajar dengan prestasi segmen perladangan utamanya yang bergantung kepada pergerakan dalam harga produk sawit dan pengeluaran FFB kumpulan. 

Bagi tempoh jangka pendek, kumpulan itu menjangka harga minyak sawit disokong oleh bekalan terhad minyak sawit dan pengganti minyak dan lemak lain, disokong oleh gabungan faktor seperti kekurangan buruh yang masih belum selesai di Malaysia, kemarau di kawasan pengeluaran kacang soya utama dan konflik Rusia-Ukraine yang berlarutan. 

Sementara itu, dasar eksport Indonesia yang tidak menentu dijangka menyumbang kepada kemeruapan harga minyak sawit. 

Kumpulan itu menjangkakan pertumbuhan sederhana dalam pengeluaran FFB tahun ini, disokong oleh tambahan kawasan matang dan kawasan matang sedia ada yang akan menjana hasil tinggi di Indonesia. 

— BERNAMA

Share234ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In