• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Axiata Catat Kerugian Bersih Pada Suku Pertama Berikutan Kerugian Forex

in Berita, Market Update
A A
Saham Axiata Meningkat Susulan Pelan Penggabungan Kekal Berjalan Lancar

Kredit Gambar: Malaysiakini

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) — Axiata Group Bhd mencatat kerugian bersih sebanyak RM42.97 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2022 berikutan kerugian pertukaran asing (forex) berjumlah RM476.9 juta, terutamanya disebabkan operasi mudah alihnya di Sri Lanka.

Kumpulan telekomunikasi itu mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM75.56 juta bagi tempoh  yang sama tahun lepas.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Axiata berkata Dialog Axiata PLC di Sri Lanka mengalami kerugian forex berjumlah RM387.4 juta terutamanya susulan pendedahan kepada dolar AS daripada pinjaman dan liabiliti dalam denominasi dolar AS.

“Sri Lanka diselubungi krisis ekonomi dan politik disebabkan impak COVID-19, potongan cukai yang signifikan dan pembayaran balik hutang negara yang besar secara kolektif menghabiskan rizab asing yang terhad di negara itu. Akibatnya rupee Sri Lanka merosot 46 peratus berbanding dolar AS pada suku pertama 2022,” katanya.

Mengulas mengenai keputusan terkini tersebut, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Izzaddin Idris berkata Axiata optimis, namun berhati-hati terhadap unjurannya bagi tempoh yang berbaki tahun ini memandangkan eksternaliti mungkin berlaku dalam jangka pertengahan.

“Selain mengamalkan langkah berhati-hati dalam perniagaan sedia ada melalui kecekapan kos dan operasi, kami membuat peningkatan untuk meraih nilai daripada urus niaga kami.

“Ini melibatkan pengembangan perniagaan menara edotco di Filipina, lesen bank digital Boost dari Bank Negara Malaysia dan di Indonesia, Hipernet Indodata, dan cadangan pengambilalihan Link Net,” katanya.

Axiata berkata ia telah meraih kecemerlangan kos melalui penjimatan perbelanjaan modal dan perbelanjaan operasi sebanyak RM163 juta dan RM78 juta — atau jumlah penjimatan RM241 juta — pada suku yang dikaji.

— BERNAMA

Share268ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In