• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

KPower Healthcare Sasar Ambil Alih 11 Hospital Di Indonesia

in Berita, Catalyst
A A
KPower Healthcare Sasar Ambil Alih 11 Hospital Di Indonesia
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

SHAH ALAM, 25 Mei (Bernama) — KPower Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, KPower Healthcare & Technologies Sdn Bhd (KPower Heathcare), berhasrat mengambil alih 11 hospital antarabangsa di Indonesia.

Ketua Pegawai Eksekutif KPower Healthcare Muhamad Badzli Abu Bakar berkata pihaknya berharap dapat memuktamadkan urusan pengambilalihan tiga hingga lima hospital itu pada tahun ini.

“KPower Healthcare hanya ditubuhkan pada 2019 dengan perkembangannya agak terbatas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Kami berhasrat untuk mengambil alih hospital-hospital antarabangsa di Indonesia. Pada perancangan awalnya, cadangan itu melibatkan kira-kira 11 hospital dan mungkin urusan tiga hingga lima hospital di negara itu dapat dimuktamadkan sebelum akhir tahun ini,” katanya selepas majlis pelancaran Prosteomax, simen tulang sintetik diperakui halal Malaysia yang telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Ahmad Amzad Hashim di sini, hari ini.

Muhamad Badzli berkata syarikat tersebut juga telah mengemukakan tender bagi mendapatkan lesen pengendalian sebuah hospital di Riyadh, Arab Saudi pada April lepas dan berharap dapat meraih tender tersebut.

Menurutnya, syarikat itu juga dalam proses berbincang dengan pelbagai pihak, syarikat, syarikat awam tersenarai dan kerajaan negeri seperti Pulau Pinang dan Kelantan membabitkan kerjasama bagi pembangunan hospital.

“Pada masa ini, kami memohon untuk mendapatkan lesen pengendali hospital supaya dapat berperanan sebagai pengendali di hospital atau hanya membina dan menyerahkan hospital itu kepada pengendali lain,” katanya.

KPower Bhd yang banyak terbabit dalam aktiviti berkaitan tenaga mampan dan utiliti, menceburi bidang penjagaan kesihatan pada awal tahun lepas selepas mengambilalih 70 peratus kepentingan ekuiti dalam Granulab (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat berstatus BioNexus yang mengeluarkan Prosteomax.

Prosteomax atau simen tulang sintetik berasaskan kalium fosfat yang dilancarkan pada hari ini merupakan produk inovatif yang mendapat pengesahan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan berdaftar dengan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia bagi tujuan ortopedik, kranio, penggunaan pergigian serta maksilofasial.

— BERNAMA

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?

Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.

Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM

Share316ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In