• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Affin Bank Jangka Lebih Banyak Kenaikan Dalam OPR Tahun Ini

in Berita
A A
Bank Negara Kekalkan OPR Pada 1.75 Peratus
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) — Affin Bank Bhd menjangkakan lebih banyak kenaikan dalam kadar dasar semalaman (OPR) tahun ini sehingga pasaran kembali normal dan isu inflasi diperbetulkan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali berkata dunia sedang melalui tempoh harga komoditi, kos tenaga dan kadar inflasi yang tinggi.

“Kita sedang mengalami inflasi sekarang ini didorong oleh harga komoditi dan kos tenaga yang tinggi, jadi Bank Negara Malaysia (BNM) perlu mengambil tindakan untuk menormalkan keadaan.

“Jadi, kami menjangkakan untuk melihat beberapa kenaikan lagi akan berlaku tahun ini dan  mengunjurkan peningkatan sebanyak 50 mata asas (bps). Pada masa ini, 25 mata asas telah dinaikkan, jadi, akan datang ada potensi 25 mata asas lagi,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Pada 11 Mei, 2022, BNM menaikkan  OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.00 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari ketiganya tahun ini.

Sementara itu, Wan Razly berkata ringgit sepatutnya kembali normal sebaik sahaja bank pusat melaksanakan rancangannya untuk menangani kadar inflasi.

“Itu akan berlaku pada masa yang sesuai memandangkan prestasi ringgit ditentukan pada eksport, import dan peluang perniagaan di negara ini,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Razly menyatakan bahawa Affin Bank menjangkakan pertumbuhan pinjamannya akan berkurangan kerana orang ramai sering meminjam lebih sedikit untuk meminimumkan kos mereka dengan jangkaan kenaikan OPR.

“Kami mencatatkan pertumbuhan pinjaman yang baik untuk suku pertama tahun ini. Sasaran pertumbuhan pinjaman kami untuk tahun ini adalah 12 peratus, berbanding 11 peratus tahun lepas,” tambahnya.

Wan Razly berkata bank itu sentiasa mencari cara untuk mengoptimumkan margin faedah bersih (NIM), terutamanya melalui akaun semasa dan akaun simpanan (CASA).

“Lebih banyak CASA yang kami peroleh, lebih banyak kami boleh mengoptimumkan. Kami mempunyai portfolio bank yang cukup besar iaitu kadar terapung tetapi portfolio itu juga akan meningkat dengan kos deposit kami.

“Terdapat sedikit ruang di sana tetapi lebih banyak penemuan kos rendah yang kami boleh perolehi, lebih baik ia untuk bank,” jelas beliau.

Sementara itu, Affin Bank secara rasminya telah melancarkan kerjasama dengan GAX MD Sdn Bhd (MYTHEO), platform robo-advisor yang menawarkan algoritma dan perkhidmatan pengurusan portfolio pelaburan budi bicara automatik yang dikuasakan oleh teknologi kecerdasan buatan (AI).

Wan Razly berkata perkongsian itu yang merupakan kerjasama pertamanya dengan robo-advisor menawarkan pelaburan alternatif kepada pelanggan Affin Avance baharu dan sedia ada, meningkatkan barisan tawaran kewangan dan produk.

“Kerjasama untuk menyediakan perkhidmatan robo-advisory untuk pelanggan kami memberi petanda baik dengan keperluan mereka yang semakin berkembang, kemajuan teknologi yang pesat dan dinamik pasaran yang berubah-ubah,” katanya.

— BERNAMA

Baca juga Kenaikan OPR Tidak Jejas Pertumbuhan Pinjaman Walaupun Potensi Ketidaktentuan Jangka Pendek

Share1077ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In