• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Malaysia Raih Pelaburan Bernilai Hampir RM2 Bilion Daripada TF AMD

in Berita
A A
Malaysia Raih Pelaburan Bernilai Hampir RM2 Bilion Daripada TF AMD
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

WASHINGTON DC, 12 Mei (Bernama) — Malaysia meraih pelaburan bernilai hampir RM2 bilion daripada syarikat semikonduktor, TF AMD Microelectronics (Penang) Sdn Bhd susulan penyerahan surat kelulusan daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) kepada syarikat itu pada Khamis.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata pelaburan itu untuk pelan pengembangan syarikat, yang akan mewujudkan 2,000 pekerjaan bernilai tinggi untuk rakyat Malaysia.

“Ini sejajar dengan hala tuju Malaysia ke arah menggalakkan inovasi dan nilai tambah berimpak tinggi untuk perniagaan tempatan dan kekal sebagai hab pembuatan di rantau ini,” katanya dalam Twitter selepas menyaksikan majlis penyerahan itu bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sini pada Khamis.

Surat kelulusan itu diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Arham Abdul Rahman kepada Naib Presiden Eksekutif, Ketua Pegawai Kewangan dan Bendahari TF-AMD Datuk Devinder Kumar.

Menurut Azmin, TF-AMD telah melabur kira-kira RM900 juta di Malaysia setakat ini. 

“Devinder telah menyatakan komitmen syarikat untuk mewujudkan peluang kerjasama dengan vendor dan universiti tempatan.

“Ini termasuk menyasarkan untuk menggaji lebih 2,000 pekerja tambahan kebanyakannya daripada latar belakang sains dan teknikal serta membangunkan vendor tempatan dalam tempoh lima tahun akan datang dalam bidang Industri 4.0, automasi dan perkhidmatan kejuruteraan,” katanya.

Azmin berkata perjalanan pertumbuhan TF-AMD dengan Malaysia menjangkau lima dekad dan telah melabur di Malaysia dalam pelbagai bahagian rantaian nilai semikonduktor sepanjang tempoh itu.

“TF-AMD telah memainkan peranan penting dalam membangunkan kapasiti dan keupayaan yang kita saksikan dalam ekosistem semikonduktor Malaysia hari ini,” katanya.

Beliau berkata dengan pengetahuan yang dibawa oleh TF-AMD, pengembangan strategik akan membuka peluang yang luas bukan sahaja menyediakan pekerjaan berkemahiran tinggi, tetapi turut mewujudkan tenaga kerja yang baik melalui program latihan, inisiatif peningkatan kemahiran dan latihan semula.

“Saya optimis bahawa kerjasama ini akan menyaksikan 50 tahun lagi dan saya berharap untuk berada dalam perjalanan pertumbuhan ini dengan TF-AMD.

“Kepada TF-AMD, saya katakan: Kami menghargai kerjasama anda dan kami menantikan 50 tahun lagi di Malaysia,” katanya dalam Twitter.

Sementara itu, Arham berkata pihaknya menantikan sumbangan daripada TF-AMD untuk mewujudkan lebih banyak pekerjaan bernilai tinggi untuk rakyat Malaysia, lebih banyak peluang untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mereka menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan serta peluang kerjasama dengan vendor dan universiti tempatan.

“Ini sejajar dengan Aspirasi Pelaburan Nasional Malaysia, apabila kami menyasarkan lebih banyak projek berteknologi tinggi, berteraskan modal dan pengetahuan ke Malaysia,” katanya kepada Bernama di luar majlis penyerahan tersebut.

— BERNAMA

Share326ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In