• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Nilai Kerja Pembinaan Pada Suku Pertama Bertambah Baik Kepada -6.1 Peratus

in Berita, Saham
A A
Nilai Kerja Pembinaan Pada Suku Pertama Bertambah Baik Kepada -6.1 Peratus
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) — Nilai kerja pembinaan bagi suku pertama 2022 terus bertambah baik pada -6.1 peratus berbanding -12.9 peratus pada suku keempat 2021 dengan jumlah RM29.5 bilion daripada RM27.6 bilion dalam suku sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata bagi suku pertama 2022, subsektor aktiviti pertukangan khas meneruskan pertumbuhan dua digit sebanyak 24.1 peratus manakala bangunan bukan kediaman mencatat peningkatan 4.2 peratus dalam nilai kerja pembinaan.

“Pertumbuhan subsektor bangunan kediaman dan kejuruteraan awam masing-masing menguncup pada 11.9 peratus dan 15.5 peratus (suku keempat 2021: -18.2 peratus dan -20.3 peratus),” katanya dalam kenyataan susulan penerbitan Statistik Pembinaan Suku Tahunan, Suku Pertama 2022, hari ini.

Pada suku pertama 2022, subsektor kejuruteraan awam kekal sebagai penyumbang utama nilai kerja pembinaan dengan bahagian sebanyak 35.1 peratus.

Subsektor bangunan bukan kediaman pula menyumbang 30.4 peratus manakala bangunan kediaman dan aktiviti pertukangan khas masing-masing menyumbang 24.2 peratus dan 10.2 peratus. 

“Laporan itu turut menyatakan bahawa sektor swasta tumbuh 3.2 peratus dan menyumbang 60.7 peratus daripada nilai kerja pembinaan (RM17.9 bilion) berbanding sektor awam yang terus bertambah baik kepada -17.6 peratus (suku keempat : -18.8 peratus) dan menyumbang 39.3 peratus daripada nilai kerja pembinaan (RM11.6 bilion),” katanya.

Pada masa sama, Mohd Uzir berkata sumbangan nilai kerja pembinaan mengikut negeri telah didominasi oleh Selangor, Wilayah Persekutuan dan Sarawak yang berjumlah RM16.0 bilion atau mewakili 54.2 peratus daripada keseluruhan nilai kerja pembinaan.

“Selangor merekodkan nilai kerja pembinaan tertinggi pada suku pertama 2022 iaitu sebanyak RM6.9 bilion dan diikuti oleh Wilayah Persekutuan (RM5.8 bilion) serta Sarawak (RM3.3 bilion),” katanya.

— BERNAMA

Share266ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In